Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, August 31, 2015

SYABAS PDRM:SUSPEK SERANGAN SIBER KE ATAS MALAYSIA BERJAYA DITAHAN




Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas berjaya menangkap tiga individu dipercayai terbabit dalam memuat naik klip video dilaman YouTube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia’ berjaya ditahan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, Jumaat malam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas mereka mengancam untuk menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan peribadi milik individu terbabit untuk siasatan lanjut.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, semua mereka yang dipercayai pelajar memuat naik video berdurasi satu minit 28 saat itu menggunakan nama Anonymous Malaysia dengan memaparkan insiden letupan bom di Bangkok Thailand baru -baru ini dan mendakwa akan membuat tindakan sama di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius perkara itu kerana ia berupa ancaman kepada negara dan orang ramai.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya.

Pada masa sama, Khalid mengecam tindakan individu tertentu termasuk pengamal undang-undang yang memberi kenyataan bahawa menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa adalah hak rakyat.--AD

4 comments:

Ted Manoff said...

Hantam mereka chukop2 Bro KPN

Anonymous said...

Alahaii...sia2 jadi manusia...

Anonymous said...

Bagi tidor dalam lokap lepas tu kasi simpan dalam jel.

Anonymous said...

Blacklist dari ada peluang untuk kerja dengan kerajaan. Better still, kasi duduk penjara sama sel dengan KETUM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa