Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, July 07, 2015

PAS SAMAN DAP KOMUNIS

Memecat aktivis PAS secara tidak beretika, PAS negeri akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata PAS negeri pimpinannya telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang telah dipecat itu
"Reputasi mereka adalah menjadi keutamaan. Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menyebabkan orang ramai berfikir wakil yang dipecat itu bermasalah. Ia menjejaskan reputasi mereka,” katanya kepada The Star Online pada Isnin.
Menurut beliau, pemecatan wakil PAS dari pentadbiran negeri itu menjadi satu masalah dalam hubungan PAS dan DAP.
Pada Muktamar PAS yang awal bulan lalu, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.
Namun, memandangkan keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan, Fauzi berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemecatan itu adalah salah.
“Adakah ini satu kepimpinan bermoral? Jika mereka boleh melakukan perkara ini kepada kami, apa yang rakyat boleh harapkan daripada pemimpin dengan moral seperti itu? Mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak diketahui di sebalik semua ini,” katanya.
Beliau berkata sebarang tindakan yang diambil mestilan berdasarkan prosedur operasi standard.
“Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan keadilan tetapi persepsi. Sebagai kerajaan negeri, mereka harus mengikut prosedur yang betul,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri jelas bertindak melulu dalam isu pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
“Kami mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat wakil dari parti kita,” katanya.
Yaacob adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, manakala Omar adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh.
Pemecatan kedua aktivis PAS itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow pada 18 Jun lalu.
Kedua-dua aktivis PAS yang dilantik sebagai ahli Majlis pada Januari lepas dipecat serta merta meskipun kontrak mereka masih belum tamat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa