Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, July 31, 2015

HANYA PELIWAT DAN PENZINA SAHAJA YANG BOLEH DIBELA???!!!


Apabila Nik Nazmi membidas Rahman Dahlan dan Khairy berikutan sokongan yang diberikan oleh kedua-duanya kepada Perdana Menteri Najib Razak berhubung laporan Wall Street Journal (WSJ), ia bukanlah satu yang luar biasa.

Hujah sokongan adalah mudah, iaitu tuduhan yang dilaporkan oleh WSJ adalah umpama “menanam tebu di tepi bibir” untuk hidangan halwa telinga untuk terus menyemarakkan anti-Najib dan bermotif jahat.

Mana mungkin kita yang waras fikiran, dan jiwa yang tenang mampu percaya satu-satu tuduhan tanpa ada sebarang bukti kukuh, saksi dan sumber yang diyakini?


taksub-pertahan-anwar-dia-anugerah-tuhan

Anehnya, Nik Nazmi tidak pula membidas rakan-rakan PKR nya yang membabi-buta, membuta-tuli menyokong Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang disertakan bukti dan mangsa yang sahih? Bahkan, Nik Nazmi sendiri dilihat berada di lokasi perbicaraan dijalankan dan menyatakan sokongan kepada Anwar.

Mengapa perlu “double-standard” sekiranya Nik Nazmi benar-benar tidak mahu mengkhianati rakyat dengan membiarkan kemungkinan rakyat dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral, dan songsang?

Penulis mengganggap bahawa Nik Nazmi sudah mula risau melihat sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri Najib Razak, yang sebelum ini diasak dari dalam dan luar parti.

Trend sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini benar-benar memberi tamparan kepada pembangkang dalam cita-cita menggulingkan kerajaan waima berpandukan fitnah semata-mata.

Selain itu, penulis tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Nazmi juga bermotif untuk menaikkan suhu karier politiknya, yang semakin lama semakin suram, terutamanya publisiti di media.

Bagi penulis, nama Nik Nazmi semakin sirna di dalam arus politik Selangor, dan ini adalah cubaan yang baik untuk mengelakkan dirinya dari gagal dikesan oleh radar politik.

4 comments:

Anonymous said...

Aku tak heran sanagat denagn budak mentah (Nik Nazmi) ni...

Budak berhingus dan masih bodoh lagi

Itupun nak bercakap pasal intergriti dan kebenaran

Asas perundangan pun tak faham, macam mana boleh jadi pemimpin ye???

Anonymous said...

Standard puak lgbt...

Anonymous said...

Saya rasa semua musuh politik PM sedang risau kemampuan PM menangani serangan hebat dari mereka. Mereka sudah guna senjata rahsia yang paling dahsyat ibarat bom nuklear, TSMY tetapi masih tiada tanda tanda kedudukan DSNR sudah tergugat, SOKONGAN PEMBANGKANGPUN tak dapat 50%. Tidak seperti zaman DSAI. Cuma saya kesal tindakkan TSMY kerana percaya tohmahan tak berasas kumpulan Anti Najib. Ini tak sepatutnya berlalu.

Anonymous said...

Korang ni mimpi ke syok sendiri.. aahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa