Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini mengesahkan NGO itu akan menyertai satu pakatan baharu bersama DAP.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata pakatan baru yang dicadangkan DAP selaras cadangan PASMA pada 13 Jun lalu
“Cadangan DAP (untuk pakatan politik baharu) adalah sama dengan yang PASMA,” katanya dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Berita Harian hari ini.
Phahrolrazi menjelaskan lebih lanjut pakatan baharu bersama DAP itu.
“Cadangan PASMA antaranya mewujudkan pakatan baharu dengan struktur lebih jelas disebabkan struktur Pakatan Rakyat sebelum ini longgar dan sekadar satu persefahaman.
“Oleh itu perlu diwujudkan Pakatan baharu yang mempunyai struktur kepimpinan dan mekanisme jelas yang mengikat parti komponen menerusi dasar bersama… Jika ada perbezaan pandangan, bagaimana mekanisme untuk menentukannya… cadangan DAP itu menyamai cadangan PASMA,” kata Phahlolrazi.
Sebelum ini DAP bercadang menubuhkan gerakan baru bagi menggantikan pakatan pembangkang yang menggabungkan kerjasama dengan PKR dan PAS.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata langkah itu penting bagi memastikan perjuangan politik serta rangka kerja pakatan pembangkang selepas ini mempunyai objektif serta matlamat yang sama.
Dalam laporan itu juga, Phahlolrazi berkata perbincangan mengenainya masih berlangsung dan menunjukkan tanda positif bagi penubuhan sebuah parti Islam baharu.
“Kita akan wujudkan Jawatankuasa penaja parti Islam baharu itu dan akan terpulang untuk jawatankuasa membincangkan dengan lebih cepat daripada jangkaan segelintir pihak,” katanya.
Phahrolrazi yang turut dilaporkan The Malaysia Insider berkata untuk merealisasikan penubuhan parti Islam baharu, pihaknya akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS (kumpulan G18) serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.
“Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru,” kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.
Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan Berita Harian hari ini, tetapi juga dengan PKR.
“Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.
“Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya,” katanya.
G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah (parti) baharu yang menurut mereka memberikan harapan baharu kepada Malaysia.
PASMA merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.
Setiausaha G18, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mohamad Sabu adalah Pengerusi kumpulan tersebut, diikuti Salahudin Ayub (Timbalan G18) dan Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha G18)
G18 dakwanya telah mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.
Pada 19 Jun lalu, pemikir DAP, Liew Chin Tong mendedahkan terdapat pertemuan tertutup di antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Mohamad Sabu untuk membincangkan isu-isu politik semasa.
“Semalam (1 Ramadhan 1436) Lim Kit Siang telah berbuka puasa bersama Tuan Hj Mohamad Bin Sabu.
“Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan isu-isu politik nasional yang sedang berhadapan dengan suasana gawat mutakhir ini,” dedah pemikir DAP itu.
5 comments:
hahahaha....ayat lim kit siang berbuka pose dgn mat sabu...bila ms pulok limkitsial masuk islam...
limkitsail berbuka pose bersm mat sabu? hahahahaha...
Salah tulis tu, lim kit sial makan babi sama mat sabun.
Salah tulis tu, lim kit sial makan babi sama mat sabun.
Salah tulis tu, lim kit sial makan babi sama mat sabun.
Post a Comment