Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 23, 2015

DAP KOMUNIS BIKIN HAL LAGI...


Selepas terlanjur dan tergesa-gesa mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah pun berkubur, DAP kini cuba mengalihkan perhatian umum dengan menimbulkan beberapa provokasi baru.

Isu yang dibangkitkan DAP adalah antara usaha bagi menutup bangkai gajah, iaitu sebuah konflik rumah tangga yang sedang membengkak dalam “kelambu” pakatan akibat tergesa-gesa melafazkan cerai.

Tetapi anihnya, DAP masih juga mahu tidur atau bersekedudukan dengan PAS di dalam kelambu pakatan walaupun keduanya telah berpisah.

Pakatan telah tiada kerana “dibunuh” oleh PAS dan telah pun dikebumikan, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga penasihat parti berkenaan.


Walaupun gabungan pakatan telah berkubur, “roh” mereka masih berlegar untuk bekerjasama dengan rakan baru atau bergabung semula dengan PAS bagi menggulingkan pentadbiran BN dalam PRU ke -14.

Gabungan parti daripada “Keluarga 69″ ini nampaknya semakin celaru dan haru biru. DAP bertindak garang di Pulau Pinang memandangkan PAS hanya memiliki kerusi tunggal tetapi dalam masa yang sama parti yang menentang pelaksanaan hudud itu tersepit antara PKR dan PAS untuk meneruskan kerjasama di Selangor.

Sudah terang lagi bersuluh. Oleh kerana PAS memiliki kerusi yang sama banyak dengan DAP (15/15) menyebabkan PKR yang kini menerajui Selangor cukup disayangi oleh kedua parti yang sedang bersengketa itu.

Sebenarnya PKR juga memerlukan belaian kasih daripada PAS dan DAP untuk menyambung ikatan kasih dalam rumah tangga pakatan di negeri yang termaju di Malaysia ini.

Jika Selangor terlepas kepada parti lain, bermakna tiadalah lagi PKR. Parti itu akan terkubur seperti nasib yang menimpa Parti Semangat Melayu 46 dan parti-parti kecil lain yang menjadi serpihan UMNO mahu pun serpihan PAS.

Sebenarnya taktik DAP mencari isu-isu baru dengan melakukan perang psikologi bertujuan menutup kepincangan mereka. Taktik itu bukanlah sesuatu yang pelik bagi DAP apatah lagi ketika parti yang bersekongkol dengannya sedang berdepan dengan pelbagai masalah.

DAP sentiasa mencari idea untuk membuat provokasi dengan UMNO bagi menimbus kubur yang digalinya sendiri. Ini bagi memulihkan keyakinan rakyat yang memilih pakatan dalam PRU ke-13 selain mengalih tumpuan umum pada masa ini terhadap kemelut yang melanda pakatan.

Bermula dengan rancangan untuk membina masjid di Kelantan, kemudian mendesak dimansuhkan agensi kerajaan, Biro Tatanegara (BTN) dan akhir sekali mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menanggalkan tulisan dan logo UMNO di pejabat parti itu.

Sudah tentu tindakan merobohkan iklan UMNO akan membangkitkan kemarahan ahli dan pemimpin pertubuhan itu. Penyokong DAP, PKR dan PAS juga akan berang serta bertindak balas jika tindakan serupa dilakukan.

Janganlah cuba menjolok sarang tebuan atau mengusik hak orang lain jika tidak mahu hak kita diganggu.

Kasihan PAS, setelah sekian lama diperkudakan, DAP dengan mudah menyingkirkan pemimpin PAS di Pulau Pinang. Kini DAP mahu mengenepikan pula PAS di Selangor dengan memberi kata dua kepada PKR agar memilih DAP atau PAS.

Penulis kadang-kadang amat simpati dengan para penyokong PAS. Pada setiap kali pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil, jentera PAS lah yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam daripada memasang poster hingga kepada merayu undi.

Lihat sahaja bagaimana Pemuda PAS dengan penuh semangat mengibar dan mengarak panji DAP keliling pekan sementara muslimat pula begitu taat menjulang poster roket dan calon DAP sambil bertakbir di tengah panas yang terik.

Dalam masa yang sama, penyokong dan pemimpin PAS diutus membelasah UMNO/BN daripada setiap sudut bagi memenangkan rakan mereka daripada DAP atau PKR yang bertanding di kawasan ramai pengundi Melayu (Islam).

DAP harus sedar, ramai calon PKR dan DAP menang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah sokongan pengundi daripada PAS. Bagi kawasan pengundi yang majoritinya bukan Melayu, DAP tidak perlu risau.

Ketaksuban penyokong PAS yang sentiasa bersama pembangkang memungkinkan DAP membuat pusingan U dan kembali menjilat ludahnya.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat episod seterusnya nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Cina jual beras plastik, Faiza yang difitnah

BATU PAHAT - Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) menafikan dakwaan yang dikeluarkan individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial berkaitan kualiti berasnya.

Dalam dakwaan berkenaan beras yang dikeluarkan syarikat bumiputera terkemuka itu adalah beras tiruan yang diperbuat daripada plastik yang berbahaya kepada pengguna.

Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, tuduhan berkenaan hanyalah untuk mencemarkan reputasi syarikat terbabit dan ia lebih kepada fitnah semata-mata.

"Sejak beroperasi selama 20 tahun sehingga kini, syarikat ini menggunakan 100 peratus beras asli daripada sumber yang disahkan kerajaan, iaitu secara terus dari Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

“Perbuatan berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan berniat jahat, kami memandang serius setelah kami dihujani pelbagai persoalan semenjak ia viral di laman sosial," katanya.

Faiza Bawumi berkata, sejak tersiar di laman sosial pada Khamis minggu lalu, ada sesetengah peruncit dan pengguna yang meragui beras keluaran syarikat berkenaan dan mereka tidak putus-putus menghubungi pejabat mereka.

“Tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan juta telah menyebabkan jualan beras kami ‘Beras Faiza Emas’ yang sebelum ini terjual sehingga 3,000 tan sebulan terjejas,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasinya, Md Faizal Md Ali berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan kes berkenaan bertujuan tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan yang dikeluarkan yang lebih kepada fitnah kerana pihak syarikat kami mementingkan kualiti pada produk yang dikeluarkan.

“Kami memandang serius kepada semua produk,n termasuklah beras yang merupakan produk utama kami sejak 20 tahun syarikat ini beroperasi,” katanya. theunspinners.blogspot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa