Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 30, 2015

AKHIR ZAMAN BINA MASJID PUN KENA KEJI!!!


TAHAP kebencian melampau yang ditanam dan dipromosikan penyokong pembangkang dan penyokong Tun Mahathir ke atas syarikat 1MDB (berasaskan laporan palsu), telah mula menunjukkan kesan apabila keputusan murni 1MDB membina semula Masjid Jamek Kg Baru dengan kos RM 20 juta, menjadi bahan cemuhan.

Buat masjid pun kena kutuk?  Betul rosak otak.

Malah ada bekas orang kuat media pro Tun Mahathir menganggap pembinaan semula masjid tersebut sebagai satu cara mencuci dosa Perdana Menteri, masya allah hitamnya hati.  Penulis pun tak pasti dia rujuk amalan agama mana satu kerana tidak wujud amalan ‘mencuci dosa’ dalam Islam.

Dosa hanya boleh hapus dengan meminta ampun dan diampunkan, bukan bina masjid.

Komen-komen dalam media sosial jangan cakaplah, sekilas pandang macam bukan dalam bulan puasa dan kita sedang berada di sebuah negara lain, bukan Malaysia.

Demi menjelaskan semua pembohongan yang dilemparkan, 1MDB mengeluarkan satu kenyataan lewat petang tadi –  pertama kali berlaku di negara ini buat sebuah syarikat yang membantu membangunkan semula masjid!!

Semua ini bagaimanapun adalah bukti kerosakan yang dibawa oleh pendekatan politik kebencian yang dimulakan Tun Mahathir dan kuncu-kuncu pembangkangnya dalam soal berkaitan 1MDB ini.

Apatah lagi hampir pasti sekarang maklumat yang memulakan semua kegilaan ini adalah maklumat palsu yang disalurkan seorang bekas eksekutif Petro Saudi yang ditangkap di Thailand baru-baru ini.  Kalau maklumat dari sumber yang sah tu tak mengapalah juga.

Semoga Tuhan memberikan masa yang cukup untuk beliau bertaubat.

3 comments:

Ted Manoff said...

Madey tu dengki...zaman dia tak pula nah upgrade masjid tu...

Anonymous said...

Istiqmahlah wahai Najib dan 1MDB untuk kebaikan. Kalau macai Tun dan pembangkang bangkang, ramai lagi yng nampak khususnya orang Kampung Baru. Allah sentiasa bersama dengan kebenaran.

Anonymous said...

Cina jual beras plastik, Faiza yang difitnah

BATU PAHAT - Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) menafikan dakwaan yang dikeluarkan individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial berkaitan kualiti berasnya.

Dalam dakwaan berkenaan beras yang dikeluarkan syarikat bumiputera terkemuka itu adalah beras tiruan yang diperbuat daripada plastik yang berbahaya kepada pengguna.

Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, tuduhan berkenaan hanyalah untuk mencemarkan reputasi syarikat terbabit dan ia lebih kepada fitnah semata-mata.

"Sejak beroperasi selama 20 tahun sehingga kini, syarikat ini menggunakan 100 peratus beras asli daripada sumber yang disahkan kerajaan, iaitu secara terus dari Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

“Perbuatan berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan berniat jahat, kami memandang serius setelah kami dihujani pelbagai persoalan semenjak ia viral di laman sosial," katanya.

Faiza Bawumi berkata, sejak tersiar di laman sosial pada Khamis minggu lalu, ada sesetengah peruncit dan pengguna yang meragui beras keluaran syarikat berkenaan dan mereka tidak putus-putus menghubungi pejabat mereka.

“Tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan juta telah menyebabkan jualan beras kami ‘Beras Faiza Emas’ yang sebelum ini terjual sehingga 3,000 tan sebulan terjejas,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasinya, Md Faizal Md Ali berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan kes berkenaan bertujuan tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan yang dikeluarkan yang lebih kepada fitnah kerana pihak syarikat kami mementingkan kualiti pada produk yang dikeluarkan.

“Kami memandang serius kepada semua produk,n termasuklah beras yang merupakan produk utama kami sejak 20 tahun syarikat ini beroperasi,” katanya. theunspinners.blogspot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa