Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, May 10, 2015

AHMAD MASLAN MENOREH GETAH PUNCA BN KURANG UNDI???!!!


Berkempen adalah satu perkara penting dalam setiap pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kebijaksanaan berkempen akan membezakan antara seorang calon dengan calon yang lain. 

Bukan itu sahaja malah keberkesanan berkempen boleh meyakinkan pengundi kepada seseorang calon.

Tetapi kempen dalam setiap pilihan raya di negara ini bukan sahaja sangat melucukan, malah ada kalanya cukup memualkan. Ini kerana strategi berkempen sudah ketinggalan zaman. Sudah lapuk. Sejak saya masih kanak-kanak hingga sekarang cara berkempen tetap sama.


Oleh kerana itu eloklah cari pendekatan baharu berkempen supaya rakyat tidak bosan. Saya tidak pasti adakah dalam setiap pilihan raya, setiap parti ada pakar strategi masing-masing untuk memenangi hati pengundi. Tetapi kalau benar ada pakar strategi, dengan cara yang ditunjukkan, pakar itu eloklah ditukar. Tidak boleh dipakai lagi.

Tidak usahlah membuat perkara-perkara klise membuat lawatan ke pasar-pasar atau ke gerai-gerai hingga sanggup menjadi 'tukang masak', bila melawat pengundi di ladang sanggup pula menjadi 'penoreh getah.'

Membuat lawatan dan ' beramah mesra' bukannya salah tetapi taktik itu sudah lama sangat. Rakyat tahu sebelum menjadi calon, watak mereka berbeza.Apabila menjadi calon, mereka jadi sesumpah, mahu bertukar menjadi orang lain.

Kalau saya jadi pengundi, saya tidak akan memilih calon yang "pandai" memasak kerana saya hendak mencari pemimpin bukan tukang masak. Kalau hendak tukang masak, saya cari di tempat lain.

Saya fikir cukuplah dengan tiba-tiba calon menjadi sesumpah, bertukar warna seolah-olah menjadi seorang hamba rakyat.--UM

1 comment:

Anonymous said...

Setuju sangat..pemimpin bn selalu pakai baju korporat sambil menoreh, cat dinding rumah and pegang cangkul bergotong royong...saya rasa hanya di malaysia pemimoin pakai mcm tu tuk buat kerja...penoreh getah pun gelak tgk pemimpin mcm ni...harap strategi berubah la lps ni..bw la baju xtra klu ye pun bak attend majlis gotong royong...jgn nak belakon sangat naik menyampah tgk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa