Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata, sikap pembangkang yang suka menuding jari dan mencari ‘kambing hitam’ adalah sesuatu yang lazim kerana mereka tidak akan mengaku kesalahan sendiri walaupun telah terbukti bersalah.
Jelasnya, pembangkang akan melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan mereka walaupun terpaksa memburukkan pihak lain dan sudah pasti UMNO sering menjadi mangsa dek sikap keji pembangkang ini.
Contoh terbaru jelas beliau adalah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan pendirian parti UMNO berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah yang telah dimanipulasikan.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah memutar belitkan kenyataan Tengku Adnan dengan menyifatkan bahawa UMNO sengaja memainkan isu hudud untuk memerangkap Pas.
Bukan itu sahaja, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin turut menjadi mangsa fitnah kononnya mengeluarkan kenyataan tidak akan masuk Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan di negeri tersebut.
“Sikap pembangkang ini bukan sesuatu yang baru. Bagi saya, UMNO perlu lebih berhati-hati. Bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menuding jari kepada parti untuk menutup kesalahan mereka itu, maka UMNO perlu mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat bahawa itu adalah tuduhan melulu.
“Itu semua adalah sandiwara pembangkang yang mahu menutup kegagalan mereka. Ahli UMNO juga perlu bekerjasama dalam satu rentak untuk beri penjelasan kepada msyarakat bahawa UMNO telah terbukti dari ‘track record’nya sebagai sebuah parti yang sentiasa membela nasib rakyat di negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Idris lagi, UMNO adalah sebuah parti yang telus dan berani mengaku salah kerana itulah UMNO tidak pernah menuding jari kepada pihak lain malah akan mengaku dan perbetulkan jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan.
“Begitu juga jika ada pemimpin UMNO yang didapati bersalah, sudah pasti peringkat tertinggi parti akan mengambil tindakan dan sama sekali tidak akan membela mereka yang bersalah.
“Ini jelas berbeza dengan sikap pembangkang yang akan tetap mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang lagi bersuluh melakukan kesalahan. Sebab itulah saya katakan bahawa menuding jari itu adalah sikap lazim pembangkang dan ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan,” ujarnya. - MediaUMNO
2 comments:
Minda pembangkang ni macam dah diset seperti robot. x yah susah berfikir apa yang betul apa yg salah. Jika ada political mileage bagi mereka betullah tu dan yg lain salah dan tunding jari pada UMNO/BN. Senangkan... Justeru BN patut sentiasa alert dan pantas menjawab segala persoalan yg timbul, supaya rakyat tidak dibayangi dengan prasangka dan persepsi negatif pembangkang.
Ayat anon 248 mcm ayat menteri2 be end je.
Tak habis2 dengan 'political mileage', 'patut sentiasa',....bla2.
Hasilnya......lebi 50 tahun... Melayu semakin merudum.
Post a Comment