Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 23, 2015

PKR PENING KEPALA NAK PILIH CALON PERMATANG PAUH!!!???


Ketika hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hanya tinggal tiga hari sahaja lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) difahamkan masih berdepan dilema memilih calon.

Perkara itu seperti dimaklumkan seorang pemimpin parti tersebut yang enggan namanya disiarkan memandangkan PKR mungkin berdepan risiko menang dengan majoriti lebih kecil atau parah lagi, akan kalah sekiranya meletakkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.


Menurut beliau, keputusan itu dirumuskan menerusi reaksi yang diterima dalam siri pertemuan jentera PKR dengan ahli-ahli dan pengundi di Parlimen tersebut.

‘‘Apa yang mengejutkan, Wan Azizah dilihat sebagai calon yang kurang digemari kerana beliau pernah melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen di sini pada 2008 dan tindakan itu masih berbekas di hati penyokong parti,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perkara itu seolah-olah menjelaskan mengapa PKR sehingga kini masih belum memberi sebarang petanda berhubung calon mereka walaupun Wan Azizah dilihat hampir pasti dipilih sebagai calon.

Malah, PKR juga dikatakan akan membuat pengumuman calon mereka pada Jumaat iaitu sehari selepas calon Barisan Nasional (BN) diumumkan.

Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa