Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 25, 2015

PEMUDA PAS PULAU PINANG KECAM MAT SABU DAN MUJAHID



Ini sudah cerita lain... Pemuda PAS Pulau Pinang pada Jumaat membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan Pesuruhjaya PAS negeri itu Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sambil menyifatkan kepimpinan kedua mereka sebagai gagal, Mujahid bahkan dituduh ego dan suka memihak kepada PKR berbanding mengambil kira pandangan ahli akar umbi PAS.


Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata Mujahid kerana mengamalkan kepimpinan ‘kuku besi’ dan berat sebelah dalam kemelut pakatan pembangkang yang berlaku ketika ini.

"Sebagai Pengarah Operasi PRK Permatang Pauh peringkat negeri, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam beberapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya. Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR serta menyerang emosi akar umbi.

"Pemuda PAS Pulau Pinang kecewa kerana beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama serta mudah menunding jari, melabel dan menyalahkan orang lain. Ini melukakan hati petugas PAS," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Selain itu Pemuda PAS Pulau Pinang turut kecewa dengan sikap timbalan presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu kerana gagal memainkan peranannya menyelesaikan kemelut yang dibangkitkan ahli akar umbi.

"Mat Sabu juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.

"Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka," katanya.

Sebelum ini  Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka yang menolak pelaksaan hukum hudud di Kelantan.

Jika tidak, jentera PAS di kawasan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRK Permatang Pauh yang akan bermula Sabtu.--AD

1 comment:

Anonymous said...

Mujahid n mat sabu ada kepentingan peribadi... Sumenya kerna wang ringgit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa