Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 04, 2015

LOKASI TEMPAT BUAT AIR ZAM-ZAM PALSU DIKENAL PASTI!!!




BIASALER TU DER...
BILA KITA POWER...
ADA JER YANG MERAH MATA...
ADA JER DENGKI PUAKE...
TAK BOLEH ORANG LEBIH DARI DIA...
FITNAH DUSTA JADI MAINANNYA...

KALAU ADA BERITA YANG HANGAT DAN ANDA SENDIRI TAK PASTI KESAHIHANNYA, APA KATA BUANG SEDIKIT MASA UNTUK PERIKSA KESAHIHANNYA.

JANGAN LER BERITA YANG KITA TAK TAHU HUJUNG PANGKAL, KITA SAMA SEBUK NAK SEBAR SATU DUNIA.

BENDA INI JADI DI ARAB SAUDI, BUKAN DI MELAKA. JAUH BETUL DARI SINI TAPI MACAM MANA ORANG BOLEH CAKAP KITA YER...

KALAU BERITA TU FITNAH DUSTA, KAN KITA SAMA DAPAT KUMPUL DOSA.

INI MELAKA LER BE...

TAKDE KEBULUR KITA ORANG MELAKA AIR ZAM-ZAM PUN NAK TIPU...

SAPER YANG BUAT MULA FITNAH NI, HARAP-HARAP ALLAH BALAS NERAKA!!!

DON'T MESS WITH MELAKA!!!

JPX

MELAKA - Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka, Mohd Faisal Rahman menafikan status yang dimuat naik seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook kononnya wujud sindiket memproses dan membungkus air zamzam tiruan di negeri ini.

Menurutnya, status yang didakwa wujud sejak semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna internet itu menyatakan operasi membungkus air zamzam tersebut dijalankan di negeri ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Sebaik mengetahui mengenai perkara itu, kami telah menjalankan siasatan merujuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan aktiviti yang digambarkan itu berlaku di negeri ini.

“Kami juga cuba mendapatkan maklumat daripada pemilik status berkenaan untuk memastikan ia benar-benar sahih namun ternyata ia palsu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, setelah beberapa jam ia dipaparkan, pemilik akaun berkenaan kemudiannya menukar status tersebut dengan menyatakan ia sebenarnya berlaku di sebuah tempat di Makkah.

3 comments:

Anonymous said...

Semoga yang mulakan fitnah bertaubat. Itu satu contoh fitnah yg makin menjadi2 di negara ni... ghairah fwd tanpa usul periksa.

Anonymous said...

Penyebar berita palsu tu dilepaskan macam tu jer ke??

Patutlah Malaysia ni penuh dengan kaki PENIPU dan PEMFITNAH....tak kena hukuman apa2 pun....

Anonymous said...

Pemilik facebook yg sial..takde moral,bangsat..jenis keturunan anak gampang..ibu bapa sundal..takde kerja lain ke asyik nak menipu saja..kalau dah rasa dia tu syaitan dan penghuni neraka..jgn lah nak libatkan orang lain lagi..lagi banyak dosa. Cari lah kerja yg lebih bermanfaat dan tidak melibatkan kaum kerabat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa