Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 30, 2015

KENAPA PEMUDA PAS SANGGUP HINA TUAN GURU MEREKA SENDIRI???


Sebagaimana yang dijangka ramai pemerhati politik, PAS Permatang Pauh dan Pemuda PAS Pulau Pinang akhirnya membuat keputusan untuk membuat “pusingan U” setelah sebelum ini mereka kononnya menegaskan berpegang teguh pada prinsip menegakkan hukum Allah SWT.

Setelah PAS Permatang Pauh “tewas” berdepan dengan Mat Sabu, pagi tadi Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang pula menggadai maruah dan hukum Allah apabila menyatakan bahawa mereka akan kembali berkempen untuk sebuah parti yang menolak enakmen hudud.

Sebelum ini, PAS Permatang Pauh dalam fatwa mereka sempena PRK Permatang Pauh menegaskan bahawa adalah haram hukumnya memberi undi pada parti yang menolak hudud dan kenyataan itu dipercayai merujuk kepada PKR dan DAP.

Namun, apabila sudah sanggup menggadai prinsip dan maruah diri, agaknya apa yang boleh kita bayangkan tentang perjuangan mereka yang jelas “flip-flop” itu? Goyah, rapuh dan langsung tidak meyakinkan, bukan?

Berdegar-degar bunyinya di depan rakyat kononnya haram mengundi parti yang menolak hudud. Kini, yang haram sudah menjadi halal. Apakah PAS kini sudah tersampuk “hantu” PKR yang memegang teguh prinsip “matlamat menghalalkan cara”.


haram prk pp

Saya enggan untuk membuat sebarang tuduhan terhadap PAS Permatang Pauh mahupun Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tentang tindakan mereka membuat pusingan U ini.

Namun tidak kiralah sama ada wang ringgit, jawatan tinggi atau sejahat mana ugutan yang dihamburkan, apa yang jelas bahawa mereka sanggup menggadaikan apa saja demi politik, bukan?

Jika sampai tergamak menggadai hukum halal haram dan perjuangan, di mana agaknya mereka meletakkan maruah mereka? Di bawah buku lali atau lebih hina lagi di bawah tapak kaki?

Jika mereka menggadai sesuatu yang bersifat duniawi, saya mungkin boleh menerima baik tindakan tersebut. Apalah sangat dengan dunia yang sementara ini, bukan?

Namun, apabila prinsip yang digadai mereka itu melibatkan hal agama Islam dan hukum-hakam Allah SWT, nampaknya PAS sememangnya parti “flip-flop” yang tergamak memperjudikan agama demi merebut kuasa politik.

Kini sudah terbukti dengan jelas bahawa PAS hanya mempermain dan memperguna Islam sebagai alat pekakas mereka untuk meraih sokongan umat Islam di Malaysia. PRK Permatang Pauh adalah saksinya.

Saya yakin, rakyat di negara ini khususnya umat Islam dapat melihat kebobrokan PAS yang kononnya berjuang demi Islam, namun sebenarnya hanyalah sebuah jemaah yang lebih “bertuhankan” politik berbanding prinsip perjuangan Islam. Biarlah rakyat menilai…

Yang saya pasti, PKR dan DAP akan tersengih-sengih melihat PAS di Permatang Pauh. Begitu mudah sekali PAS tewas dalam permainan politik dalaman Pakatan Rakyat. Tidak perlu menghina PAS, hari ini PAS sendiri yang menghina diri sendiri di Permatang Pauh.

4 comments:

Anonymous said...

Jawapannya senang itu saya tak perlu jawab , itu saya tak tahu ,Nanti saya jawab kemudian , Pas kat dunia kau ada pilihan kat akhirat kau ingat kau ada pilihan

Anonymous said...

Kalau kat ceramah sanggup bawa tin MILO untuk songlap duit penyokong...Ini kan pulak yg datang SELEPUK...Banyak pula tu..Tak kan nak tolak...Si babi ni kerja apa eh..nak rasa juga kereta besar..rumah besar..MEMANG KP PAS YG MUNAFIK..SIAL

Anonymous said...

Begitulah Pas, sebuah parti politik yang tak ada maruah & sering dihina serta dipijak-pijak oleh sekutunya. Parti yang kononnya membawa nama Islam ini sebenarnya telah merosakkan Islam & menjadikan agama suci ini barang permainan. Kerajaan patut mengharamkan parti politik yang menggunakan nama Islam semata-mata untuk meraih undi/kerusi.

Anonymous said...

Pertelagahan PR semasa menghadapi PRU kerusi Parlimen Permatang Pauh memungkinkan keputusan 'up set'... spt. menurut kata Tun M, BN ada prospek utk. menang di Permatang Pauh.
KP PAS telah gagal menjelas tuduhan menerima wang imbuhan sebagai jalan mudah PRU kali ini akan memberi sokongan kepada WAWI. Tapi ahli PAS Permatang Pauh juga akan penentu undi calon sesuai siapa wakil Rakyat Parlimen Permatang Pauh yang baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa