Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 10, 2015

BILA MASA NAJIB ARAH SEMUA PIHAK SOKONG BELIAU?


Nampaknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agak emosi dalam serangan terbaru yang beliau lancarkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. Mengapa emosi Tun M? Tidak eloklah beremosi dalam usia hampir 90 tahun, tidak baik untuk kesihatan…
Semalam, Tun M menyindir semua pihak yang menyokong Najib supaya turut sama menyokong 1MDB yang beliau katakan berhutang sebanyak RM42(+3) Bilion. Dari mula menulis RM42 bilion, beliau tambah lagi RM3 bilion. Emosi betul…
Menariknya, emosi melampau-lampau Tun M begitu terserlah apabila mahu pihak yang menyokong Najib supaya ‘mesti’ berkawan dengan Jho Low yang dianggap Tun M sebagai rakan rapat Perdana Menteri seperti rapatnya beliau dengan Tun Daim Zainuddin.
Namun penulis terkejut juga apabila beliau tiba-tiba menuduh Najib menyuruh ramai pihak untuk menyokong Perdana Menteri itu!
“I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him,” tulis Tun M semalam.
Melalut sampai begitu sekali emosi Tun M? Penulis mohon Tun M bertenang. Bawa mengucap banyak-banyak…
Wahai Tun M yang penulis sayangi. Penulis yakin bahawa Najib juga seperti Tun M, tidak pernah menyuruh sesiapa pun menyokong beliau. Maksudnya, sokongan yang diberika terhadap Najib itu adalah “genuine” berdasarkan hakikat dan rasional keadaan.
Penulis tidak diarahkan Najib atau sesiapa pun untuk menyokong Najib untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Tun M ada bukti kukuh menunjukkan Najib mengarah semua pihak menyokongnya?
anwar-ibrahin-dan-mamak-mahathir1
Seronoknya Tun M dengan Anwar dulu, kan..?
Penulis mohon pada Tun M, jangan terlalu emosi dalam menyerang. Bila ‘terlajak’ menuduh begini, apa agaknya pandangan orang ramai seperti penulis terhadap Tun M? Penulis tidak mahu imej ‘lejen’ Tun M tercalar di mata orang ramai…
Tun M yang penulis hormati, berkenaan RM42 bilion atau RM45 bilion itu, diulangi untuk kesekian kalinya, ia sedang dibawah siasatan audit yang diketuai oleh Ketua Audit Negara dan akan hasilnya akan diserah pada Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam.
Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam itu pula turut dianggotai oleh wakil rakyat pembangkang dan kerajaan. Agaknya kalau ada pembangkang di dalam jawatankuasa itu, boleh ‘lepas’kah jika ada penyelewengan?
Jadi, sabar sajalah. Tunggulah hasil siasatan dan keputusan jawatankuasa itu. Tapi kalau Tun M ragu-ragu pada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa itu, Tun M boleh minta Najib supaya melantik Tun M sebagai Ketua kepada Ketua Audit Negara dan PAC. Penulis yakin, kemungkinan besar permintaan itu akan dikabulkan…
Jika sudah ada keputusan dan laporan penuh nanti, Tun M minta satu salinan dan teliti sepuas-puasnya. Jika tidak puas hati juga, boleh direbus salinan itu dan diminum airnya. Cuma penulis menyarankan supaya tidak berbuat demikian kerana ia akan membahayakan kesihatan Tun M. Wink!
Justeru itu, tidak wajarlah menyuruh para penyokong Najib dalam hal pertikaian dengan Tun M ini supaya turut sama menyokong 1MDB. Untuk apa menyokong 1MDB selagi siasatan belum diputuskan? Penulis cuma menyokong Najib kerana beliau sendiri mahu dakwaan penyelewangan itu dikorek hingga ke lubang cacing menerusi siasatan audit itu, salahkah?
Malah Najib sendiri mencari kebenaran di sebalik tohmahan Tun M yang seiring dengan pihak pembangkang itu. Dan penulis percaya beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng dana 1MDB. Namun sebelum itu, “1MDB is still innocent until proven guilty“, bukan?
Tidak perlulah Tun M bersikap kebudak-budakan memaksa para penyokong Najib berkawan dengan Jho Low. Penulis menyokong Tun M dahulu, tapi tidak pula penulis berkawan dengan kawan-kawan rapat Tun M seperti Ananda Krishnan, Eric Chia, Robert Kuok dan sebagainya. Kalau penulis berkawan dengan mereka, sudah tentu dah jadi jutawan sekarang, kan?
Tun M yang penulis kasihi, sudah-sudahlah bercakaran menyerang Najib. Penulis yakin, Tun M pun tahu Islam tidak menganjurkan umatnya bersikap begitu sesama muslim. Itu bukan akhlak Islam yang diterapkan Rasulullah SAW, bukan?
Pergilah minta pegawai Tun M mengatur pertemuan dengan Najib. Jika gagal kali pertama, boleh dianjurkan pertemuan kedua, ketiga, keempat, kelima mahupun ke seratus kali dalam usaha membantu dan memantapkan kepimpinan negara.
Tun M perlu tahu dan sedar bahawa Najib mewarisi ‘kerosakan’ kepimpinan terdahulu yang dipilih oleh Tun M sendiri. Sepatutnya, Tun M membantu dengan cara membina dan bukannya meruntuhkan jemaah ‘tiang seri’, bukan?--MYKMU

8 comments:

Anonymous said...

Oii blogger pembodek Ah Jib Gor. Jawapan ah Jib Gor sama jer macam dulu takde makna apa pun. Malas nak cakap banyak, baca kupasan blog Helen Ang dan Din Turtle.

https://helenang.wordpress.com/2015/04/10/najibs-qa-only-giving-more-ammo-to-tun/

http://dinturtle.blogspot.com/2015/04/mungkin-jika-kita-tahu-apa-yang-tun.html

Anonymous said...

BILA MASA NAJIB ARAH SEMUA PIHAK SOKONG BELIAU?

Yang disuruh orang beramai-ramai dok julang banner I LOVE PM tu ape bende?

jgn jadi bodoh!!! said...

1mdb establish an RM1 million company that incurred an RM45 billion debt (RM42.3b + the recent borrowing of RM2b + used up RM600,000 “standby credit” that is actually an instant loan)

Anonymous said...

Saya sangat menghormati Tun dan saya juga menyokong kepimpinan Najib. Semoga Najib dapat menguatkan barisan kepimpinannya dam memperbaiki kelemahan yang ada. Semoga Allah satukan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Syukur dengan nikmat keamanan sejak negara merdeka.

Anonymous said...

Saya menyokong matlamat asal 1MDB,yg saya tak sokong kalau ada penyelewengan.1MDB milik penuh MOF,tapi MOF hanya keluar modal 1 juta saja utk memiliki assets 51 billion,mana boleh kalau tak meminjam.Bila dah meminjam memang lah berat sikit nak membayarnya,tapi berilah mereka peluang utk menguruskannya.Mungkin mereka akan menjual assets nya utk mengurangkan hutang,tapi perlu mengambil masa.Menyenaraikannya di BSKL satu lagi langkah yg mungkin mereka ambil,tapi masa ni keluolusan utk listing bukan mudah,tak sama macam masa TM dan Diamdiam berkuasa dulu.co masuk listing kacang je.Sekarang tengok saja Malakoff milik S.Mokhtar co yg dah beroperasi penuh pun nak go for relisting,dua tiga kali acah pun masih sangkut.Zaman TM Perwaja yg nak bankrupt pun boleh lepas.

Anonymous said...

Ye, betul tu sang penulis. Soalnya tun dh agak tua, maka keadaan 'MELAYU MUDAH LUPA' lebih ketara kpd tun sekarang berbanding sebelumnya. Orang tua, biasa la.......

Anonymous said...

Tun M used to be my hero...now he's just annoying.
What a pity...somebody I used to think highly of...somebody I looked up to, has degenerated to an orang tua HATI BUSUK! Orang tua BERLAGAK BAGUS dan orang tua TAK SEDAR DIRI!

Tun M used to be my hero.....but now I see ALL HIS FLAWS. I now see ALL the mistakes and his wrongdoings.

I may only be ONE person...but Tun, you have lost one huge fan! I now see you in a copletely different light.

Anonymous said...

Jage periuk nasik ke jp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa