Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 10, 2015

APA LAGI IDRIS HARON BAWAK KE MELAKA NI???


TAHNIAH LER MELAKA...
SEMUANYA ANTARABANGSA...
NEGERI KAMI KECIK AJA..
TAPI RAKYATNYA BESAR JIWANYA...
TEPAT PILIHAN MENTERI...
DATANG MELAKA LENGKAP SEMUANYA...
KALAU ORANG LUAU DATANG...
KIRA MACAM MELAWAT MALAYSIA JUGA...
APAPUN BERDOALAH KITA...
SELAMAT SEMUANYA.

JPX

Malaysia buat julung kali akan menganjurkan Kejohanan Ragbi Piala Crescent (CCRC) di Melaka, dari 1 hingga 14 Jun depan.


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 12 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menyertai kejohanan berkenaan.

"Malaysia menganggap penganjuran kejohanan ini penting, bukan sahaja terhadap perkembangan sukan atau pun pelancongan sukan, tetapi bagi hubungan antara negara-negara OIC.

"Ini merupakan platform bagi meningkatkan kerjasama dan hubungan lebih erat dalam kalangan negara-negara OIC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran kejohanan itu, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan wakil Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) Faisal A.Al Nassar.

Selain Malaysia, kejohanan yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penaung, turut disertai Uganda, Uzbekistan, Tajikistan, Lubnan, Kazakhstan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Algeria, Arab Saudi, Senegal dan Ivory Coast.

Khairy turut melahirkan keyakinan bahawa penganjuran CCRC buat julung kali itu akan menjadi acara tetap dalam kalender sukan negara.

Beliau berharap pasukan ragbi Malaysia akan mendapat manfaat dan pengalaman beraksi bersama pasukan dari benua lain pada kejohanan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pelantikan Keith Power sebagai Pengarah Teknikal Prestasi Tinggi Program Podium, Khairy berkata pihaknya masih menunggu maklumat berhubung perkara itu dan akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa