Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 03, 2015

SIAPA BAYAR SIRUL AZHAR???


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu sepatutnya berada dalam penjara Malaysia. Namun beliau melarikan diri ke Australia dan sekarang berada di bawah tahanan imigresen negara tersebut.

Sekarang ini Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang sibuk mengaturkan pertemuan sirul dengan ibunya Piah Ahmad di Sydney. Malaysiakini.com memetik kenyataan Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut mengikuti rombongan itu, bahawa pertemuan itu akan berlangsung di pusat tahanan imigresen di Villawood, dekat Sydney.

“Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul esok,” kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada Malaysiakini melalui SMS.

Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Persoalannya siapakah yang membiayai rombongan ini ke Australia. Apakah ia dibiayai oleh Pas atau badan bukan kerajaan tertentu? Mengenai Mahfuz Omar agak mustahil ahli Parlimen Pokok Sena ini mengeluarkan wang sendiri.

Mengapakah mereka mahu membiayai kos leawatan pimpinan Pas dan keluarga Sirul ke Sydney jika tiada kepentingan politik atau motif perniagaan? Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin Pas berani mengatakan Sirul tidak bersalah kerana mereka tahu fakta kes bahawa Sirul adalah seorang pembunuh.

Justeru kita lihat setiap titik perjuangan Mahfuz Omar ialah ke arah mahu Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau membunuh Altantuya. Mengapa Mahfuz begitu berazam memainkan isu ini? Kerana mereka mahu mengaitkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak sebagai dalang di sebalik pembunuhan ini.

Sirul tidak akan menunding jari kepada Mohd Najib Razak kerana beliau tidak pernah mendapat arahan daripada Mohd Najib. Mohd Najib sendiri tiada sebab untuk mengarahkan Sirul kerana masalah Altantuya ialah dengan Razak Baginda bukannya dengan Mohd Najib.

Ini semua sandiwara untuk menjatuhkan air muka Mohd Najib Razak. Mahfuz tahu Sirul tidak maksudkan Mohd Najib namun sandiwara ini dipentaskan untuk memberi gambaran kepada sebahagian rakyat seolah-olah Mohd Najib terbabit.

Tidak mustahil tujuan membawa keluarga Sirul berjumpa dengannya adalah untuk memujuk Sirul menuduh Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya mengungkapkan ugutan mahu mendedahkan dalang di sebalik pembunuhan tersebut secara samar-samar. Ini akan meneruskan “Character assassination” ke atas Mohd Najib.

Itu tujuan Mahfuz yang kita tahu hanya “si bodoh” seperti beliau sahaja sanggup membiarkan dirinya diketawa satu Malaysia.

Namun siapa yang membiayai “si bodoh” ini merupakan satu misteri lagi. Selain daripada Anwar Ibrahim mahu menghilangkan fokus kepada kesnya, tidak mustahil serangan ini turut dilakukan sebagai persediaan menjelang Perhimpunan Agung UMNO tahun hadapan.

Beberapa tahun lalu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan serangan dan usaha merosakkan imej Mohd Najib Razak dalam kes Altantuya dibiayai oleh kumpulan tertentu yang mahu menghalang Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah kumpulan ini masih berfungsi dalam mengatur sesuatu menjelang pemilihan akan datang?

Jika benar, yang untung ialah Mahfuz, dari Anwar Ibrahim pun dapat dari musuh Najib dalam UMNO pun dapat. Nampak bodoh pun tidak mengapa asal “masyuk”.--MYKMU

1 comment:

k said...

persoalan paling besar ialah siapakah yg membenarkan mamat ni ke Australia in the first palce? rayuan di FC masih belum habis dah dibenarkan pegang pasport? mushkil kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa