Datuk Dr Haron Din telah pun secara rasminya dilantik menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia awal bulan lepas.
Bagi geng PAS Anwarinas perkembangan ini bukan sesuatu yang dialu-alukan kerana sejak timbulnya kemelut MB Selangor tahun lepas lagi mereka amat mengharapkan jawatan tersebut akan diambil alih oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Malah sewaktu Nik Aziz selaku penyandangnya selalu sangat uzur dan kemudiannya meninggal dunia bulan lepas lagilah kerap geng Anwarinas memukul gendang meminta Hadi segera memikul tanggungjawab sebagai Mursyidul Am PAS.
Soal kenapa mereka beriya benar mahu Hadi menjadi Mursyidul Am PAS tidak sukar untuk difahami. Ia hanya muslihat politik kerana jika Hadi setuju memikul jawatan Mursyidul Am bermakna kedudukannya sekarang sebagai Presiden PAS perlu dilepaskan.
Jika Hadi termakan gesaan tersebut, siapakah yang akan menjadi Presiden PAS yang baru? Tak lain tak bukan, Timbalannya sekarang yakni Mat Sabu – wakil geng Anwarinas yang baru-baru ini didakwa terlibat dalam usaha menggulingkan Hadi.
Bila berlaku demikian, senanglah geng Anwarinas menguasai PAS sepenuhnya dan selepas itu ruang terbuka luas untuk mereka mengambil langkah mengecilkan peranan dan pengaruh Mursyidul Am PAS pula.
Sekarang segala-galanya sudah lari dari perancangan awal Anwarinas. Hadi masih lagi seorang Presiden sementara Haron Din yang sering di cop sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan (UG) pula mendaki kedudukan sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.
Dengan adanya Haron Din di situ bertambah sukarlah tugas Anwarinas nak menggulingkan Hadi. Tak mustahil dengan kombinasi baru Hadi dan Haron Din, satu demi satu geng Anwarinas pula yang akan jatuh terguling lebih-lebih lagi semasa Muktamar PAS 2015 nanti.
No comments:
Post a Comment