Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 10, 2015

WAJIB BACA:BETUL KE MAHKAMAH MALAYSIA NI TAK ADIL???


Sementara kita tunggu keputusan Ketua Hakim Negara samaada Hukuman Anwar Kekal 5 tahun penjara atau Ditambah jam 1 Tengahari ini, jom kita baca artikel dibawah. Sudah pasti lepas ni Pembangkang akan tuduh bahawa Mahkamah kita tak adil, ada campurtangan eksekutive dan sebagainya.

Mungkin ramai akan terkejut kerana banyak betul kes memihak kepada mereka. Berikut adalah senarai keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang dari tahun 2009 hingga 2014

SUMBER: http://klxpress.com.my/?p=21626

 
Tahun 2009

  1. 7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :
  • Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.
  • Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000.

Tahun 2010

  1. 19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :
  • Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.

  • Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.
  1. 14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia :
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.


Tahun 2012


  1. 24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.
  • Berita itu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.
  1. 19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla :
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.


  1. 22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan :
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru


  1. 24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :
  • Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.
  • Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
  1. 31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan :
SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.


  1. 30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin


2013


  1. 16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
  • Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
  1. 18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan :
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad


  1. 21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia :
Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012.


  1. 4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia :
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah


  1. 18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan :
Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.


15 .21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM :


  • Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.
  • Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.
  1. 4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan :
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.


  1. 10 JUlai 2013 : Peguam menang lawan Kerajaan :
  • Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.

  • Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.
  1. 23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :
  • Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.
  • Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.
2014


  1. 17 FEB 2014: Husam menang lawan NST :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya.

  1. 28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo :
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000)


  1. 29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL :
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007.


  1. 4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA :

Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.

2 comments:

Anonymous said...

siapa yang sebenarnya mengata yang mahkamah tidak adil? Anuar, lagi siapa? Kata tengok atau baca dari statement2 di atas, pembangkang, lagi siapa? loyar2 pembela dan yang sewaktu dengan mereka.

Anonymous said...

Macam tu punya banyak..Masih kata mahkamah di negara ini tak adil sebab menshabitkan Nuar bersalah...memang celaka lah spesis pembangkang ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa