Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 11, 2015

PEGUAM BELA ANWAR IBRAHIM BERJAYA SUMBAT DIA MASUK PENJARA!!!!


Peguambela-peguambela Anwar kerap kali ditegur pihak hakim ketika berhujah di Mahkamah Persekutuan. Hal ini langsung tak dilapor media.

Adakah ini penentu keputusan mengekalkan hukuman salah terhadap Anwar yg tlh diputuskan Mahkamah Rayuan?

Pada hari 1 perbicaraan pada 28/10/2014, Hakim Tun Ariffin Zakaria mengingatkan Dato Gopal Sri Ram bahawa Mahkamah Persekutuan tak semestinya menerima hujah beliau tentang isu-isu lama tentang kredibiliti dan teori konspirasi berhubung Saiful Bukhari. 


Gopal akui dan hanya kata “he being instructed by his client”.

N.Surendran cuba pertahan keterangan luar kandang saksi oleh Anwar patut diterima. Dia ditegur dan disekolahkan Hakim Tun Ariffin. Keterangan luar kandang saksi hanya “assumption” dan tak boleh jadi bukti. Gopal geleng kepala kepada Surendran.

Sangeet Kaur dan Ram Karpal yang berhujah isu penting DNA paling kerap ditegur. 

Di hari ke dua, 29/10/2014, Sangeet Kaur dakwa DNA yang diperolehi tak berkredibiliti dan menimbulkan isu berhubung pemeriksaan bukti DNA. Beliau diminta Hakim Ariffin utk tunjuk rujukan MLJ yang diguna utk berhujah. 

Ketika cuba dakwa waran tangkap tak mempunyai “ground of arrest”, Hakim Tun Ariffin arah hujah dihentikan kerana hanya andaian dan lari topik.

Sangeet masih cuba hujah lagi pertikai kaitan DNA dari sampel semen dan DNA dari barangan dlm lokap ketika pergulongan di hari 7 Nov 6 tapi diarah hakim supaya berhenti.

Bila giliran Ram hujah, dia timbulkan kewujudan DNA “Male Y” dan DNA pihak ketiga dan dakwa tiada kaitan DNA Anwar dlm sampel “Male Y” dgn air mani dari “anus” Saiful. Ketika mengulung, Ram dakwa ada pencemaran sampel.

Panel hakim segera suarakan keraguan dengan hujah Ram. Hakim Tun Ariffin persoal bagaimana beliau boleh putuskan sampel DNA telah “compromised” dan “contaminated”. 

Dia merujuk kes Hanif Basri tapi terus disangkal Hakim Tun Ariffin sebagai tak sama kerana kes Hanif adalah kes bunuh.

Malah Hakim Tan Sri Suryadi menyatakan Ram tak boleh nafikan DNA “Male Y” milik Anwar.   

Ram cuba dakwa “sampel” ujian DNA sudah alami “degradation” tapi tiada isu kerana DNA lengkap masih dapat diperolehi dari sampel. 

Kemudian dia dakwa 3 doktor HKL tak boleh bukti ada penetrasi. Hakim Tun Ariffin betulkan dengan kata hanya pakar kimia boleh buktikan penetrasi. 

Ram main rambang mempertikaikan saksi Jabatan Kimia, doktor yg memeriksa Saiful dan pegawai penyiasat. Hakim mencelah menyatakan kredibiliti negatif pegawai penyiasat dlm kes yang ditimbulkan SUHAKAM tak bermakna dia tak berkredibiliti dalam kes lain. 

Gopal cuba menggulong guna dakwaan tak wujud kesan KY Jelly dan air mani di atas karpet tempat berlakunya liwat dan kemudian kata carpet telah cuba disorok.

Hakim Tun Ariffin jelaskan Gopal air mani berada dalam anus bukan atas karpet. Lagi malu buat Gopal, hakim Ariffin beritahu tiada sorokkan. Pemilik kondo tunjuk karpet yang dipindah ke kondo lain utk pegawai penyiasat dan lain-lain pihak ambil untuk siasatan.

Banyak hujah-hujah ni masih cuba diwar-warkan pencacai Anwar tapi awal-awal ditolak hakim-hakim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa