Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 27, 2015

AHLI POLITIK SUKA KACAU ISTERI ORANG...


Apabila Lim Guan Eng “naik angin” setiap kali nama isterinya “dicuit”, rakyat jadi keliru memandangkan selama ini mereka melihat bukan sekadar adengan “mencuit” malahan “menghentam” Datin Seri Rosmah secara konsisten dan agresif dari pihak pakatan rakyat. Hipokrasi yang melampau di kalangan pemimpin pakatan rakyat makin menjadi-jadi.

Serangan mereka sememangnya amat keterlaluan sehingga “mengaibkan” dan menjatuhkan maruah seorang manusia. Namun berkat kesabaran Datin Seri Rosmah, beliau dapat mengharungi segala fitnah tersebut dengan tenang.

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada mereka yang kononnya “menyerang” isteri beliau Betty Chew. Tahu pulak beliau melenting. Kononnya isteri beliau menjadi sasaran mereka yang mahu “menyerang” Ketua Menteri tersebut.

Betty Chew telah dicalonkan oleh the Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) untuk duduk di kerusi Property Development, Construction And Management Committee yang baru ditubuhkan. Memandangkan tindakan ini akan menimbulkan “conflicts of interest” maka ianya telah dikritik oleh banyak pihak.

Perkara ini telah mengundang kemarahan Lim Guan Eng. Rupa-rupanya isteri Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak boleh dikritik. Rosmah dan Permaisuri Agung pun kalah dengan Betty Chew rupanya.

Rakyat Pulau Pinang boleh lihat , Lim Guan Eng seolah-olah mengamalkan kronisme yang amat kronik. Beliau juga seolah-olah mahu menguasai Pulau Pinang 100%. Lim Guan Eng juga merupakan Ketua “The State Planning Committee” yang bertanggungjawab urusan tanah di Pulau Pinang.

Dengan jawatan yang ditawarkan kepada isteri beliau akan mengundang “penyalahgunaan kuasa” atas kepentingan peribadi. Namun Lim Guan Eng melarang semua pihak membangkitkan perkara ini. Walaubagaimana pun Betty telak menolak tawaran tersebut.

Itu sebab, orang tua-tua selalu berpesan agar kita jangan bertindak “jahat” dan “melampau” terhadap manusia yang lain sekiranya kita tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada kita. Kifarah bakal menghantui mereka yang melakukan dosa. Peringatan yang baik untuk semua pihak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa