Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 17, 2014

ANWAR IBRAHIM TUKAR AGAMA MACAM LIM GUAN ENG!!!???


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Anwar berkata, kenyataan Lim itu tidak ada salahnya kerana terdapat alasan yang menyebabkan pendirian itu diambil.

Anwar berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusof Qardawi, sudah menyatakan keterbukaan mereka terhadap penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas hadir kes saman RM100 juta antara beliau dan Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Guan Eng dalam sidang medianya pada Jumaat dilaporkan berkata tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah Allah.

Ini kerana katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri 2004 tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga katanya tidak pernah meluluskan sebarang undang -undang bagi membenarkan enakmen berkenaan dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula terkejut dengan laporan media mengenai kenyataan Guan Eng dan berharap untuk menemui pemimpin DAP itu bagi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Wan Salim juga berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama.

Datuk Wan Salim berkata, perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang islam dan kerajaan negeri bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam.

Beliau berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri selepas ini mengelak daripada membangkitkan isu itu kerana boleh menjejaskan keharmonian perpaduan.

2 comments:

Anonymous said...

Ramai orang Keristian dan bukan Keristian tidak perasan bahawa di dalam kitab Holy Bible King James version tuhan biblical gereja mereka di dalam kitab itu tidak ada nama. Tuhan biblical mereka hanya di sebut sebagai Father, Lord atau God sahaja dan semua orang tahu bahawa perkataan ini cuma ganti nama sahaja. Sebenarnya tidak semua umat Islam Malaysia tahu bahawa semua penganut Keristian sangat yakin dan percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Jika anda seorang yang mengaku Islam dan ingin mengesahkan perkara ini sila rujuk dengan mana-mana paderi gereja Keristian di dalam atau pun di luar Negara.

Apabila kita bersetuju degan kehendak pihak gereja atau Guan Eng untuk menggunakan nama Allah bagi kitab Bible Melayu versi modified mereka maka berlakulah perbuatan syirik terhadap kalimah suci itu. Tidak kah persetujuan itu akan memberi maksud bahawa ALLAH kini ada anak sama seperti haiwan dan manusia? Apa kah kita bersetuju kerana untuk mengambil hati Guan Eng dan Kit Siang yang bakal menjadi bangkai busuk suatu masa nanti? Kalau mereka berkira bahawa ALLAH pasti akan bersetuju dengan kehendak mereka maka cuba perhatikan apa AMARAN yang Pencipta telah NYATAKAN semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

88 "Dan mereka berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

Surah Mariam ayat 88-92.

Cuba fikir-fikirkan mengapa Guan Eng beria-ia benar untuk menggunakan kalimah ALLAH itu sedangkan ALLAH sendiri pun murka. Sekiranya mereka memberi dalih bahawa ini ALLAH lain bukan ALLAH yang sama yang orang Islam sembah, Tanya mereka apakah mereka buat “ugama” baru atau buat experiment? Pernah kah atau bolih kah ugama experiment menjadi ajaran yang betul? Sedang di dalam Kitab Holy Bible King James version terdapat larangan terhadap mana-mana individu yang cuba untuk menukar sebarang ayat atau perkataan didalam nya. Sila lihat rujukan di bawah ini:
Deutronomy 4:2.
Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
OR
"...Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. " ................. Revelation 22:18.
OR
Don't add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR…….Proverbs 30:5

Sudah jelas lah bahawa umat Keristian SABAH dan SARAWAK sudah tertipu sekian lama oih paderi-paderi gereja mereka yang jelas sudah engkar dengan larangan dari kitab suci mereka sendiri. Mereka ini patut bertanya dengan paderi gereja masing-masing di Semenanjung Malaysia juga di SABAH dan SARAWAK, mengapa tidak terdapat kalimah ALLAH di dalam HOLY BIBLE KING JAMES VERSION? Sebab sudah jelas bahawa mereka ini adalah memang golongan PENIPU apabila menurut ayat Deutronomy 4:2. atau Revelation 22:18. atau Proverbs 30:5 kitab HOLY BIBLE KING JAMES VERSION dan sampai bila para pengikut Keristian ini mahu hidup tertipu sepanjang hayat mereka?

Anonymous said...

Komen ini kita post pada 17hb Dec 2014 tapi tak keluar pun awal. ... Ada masalah ke tuan?

Tidak kira apa pun matlamat Anwar Ibrahim dan modus operandinya untuk menghina umat Islam Malaysia demi utk mendapatkan sokongan Keristian Malaysia, kita akan cuba ambil pendekatan yang berupa maklumat bagi menangkis matlamat jahat mereka yang ada kepentingan peribadi.

Ramai orang Keristian dan bukan Keristian tidak perasan bahawa di dalam kitab Holy Bible King James version tuhan biblical gereja mereka di dalam kitab itu tidak ada nama. Tuhan biblical mereka hanya di sebut sebagai Father, Lord atau God sahaja dan semua orang tahu bahawa perkataan ini cuma ganti nama sahaja. Sebenarnya tidak semua umat Islam Malaysia tahu bahawa semua penganut Keristian sangat yakin dan percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Jika anda seorang yang mengaku Islam dan ingin mengesahkan perkara ini sila rujuk dengan mana-mana paderi gereja Keristian di dalam atau pun di luar Negara.

Apabila kita bersetuju degan kehendak pihak gereja atau pemimpin politik pembangkang untuk menggunakan nama Allah bagi kitab Bible Melayu versi modified mereka maka berlakulah perbuatan syirik terhadap kalimah suci itu. Tidak kah persetujuan itu akan memberi maksud bahawa ALLAH kini ada anak sama seperti haiwan dan manusia? Apa kah kita bersetuju kerana untuk mengambil hati Ambiga, Guan Eng dan Kit Siang yang bakal menjadi bangkai busuk suatu masa nanti? Kalau mereka berkira bahawa ALLAH pasti akan bersetuju dengan kehendak mereka maka cuba perhatikan apa AMARAN yang Pencipta telah NYATAKAN semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

88 "Dan mereka berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

Surah Mariam ayat 88-92.

Cuba fikir-fikirkan mengapa Guan Eng kuncu Anwar beria-ia benar untuk menggunakan kalimah ALLAH itu sedangkan ALLAH sendiri pun murka. Sekiranya mereka memberi dalih bahawa ini ALLAH lain bukan ALLAH yang sama yang orang Islam sembah, Tanya mereka apakah mereka buat “ugama” baru atau buat experiment? Pernah kah atau bolih kah ugama experiment menjadi ajaran yang betul? Sedang di dalam Kitab Holy Bible King James version terdapat larangan terhadap mana-mana individu yang cuba untuk menukar sebarang ayat atau perkataan didalam nya. Sila lihat rujukan di bawah ini:
Deutronomy 4:2.
Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
OR
"...Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. " ................. Revelation 22:18.
OR
Don't add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR…….Proverbs 30:5

Sedangkan Holy Bible King James version sudah lebih 300 tahun lebih awal dan kitab versi Melayu yang berasal dari Indonesia pun tidak sampai 50 tahun penggunaan nya di Sabah dan di Sarawak. Sudah jelas lah bahawa umat Keristian SABAH dan SARAWAK sudah tertipu sekian lama oih paderi-paderi gereja mereka yang jelas sudah engkar dengan larangan dari kitab suci mereka sendiri. Mereka ini patut bertanya dengan paderi gereja masing-masing di Semenanjung Malaysia juga di SABAH dan SARAWAK, mengapa tidak terdapat kalimah ALLAH di dalam HOLY BIBLE KING JAMES VERSION? Sebab sudah jelas bahawa mereka ini adalah memang golongan PENIPU apabila menurut ayat Deutronomy 4:2. atau Revelation 22:18. atau Proverbs 30:5 kitab HOLY BIBLE KING JAMES VERSION dan sampai bila para pengikut Keristian ini mahu hidup tertipu sepanjang hayat mereka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa