Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 30, 2014

POLIS BOLEH BUAT KE KERJA NI???


PADA AKU, SELAGI ADA BARUAH TUKANG BOCOR RAHSIA PADA CINA TAUKE JUDI, SELAGI ITULAH AKAN ADA KEGIATAN JUDI HARAM NI.

POLIS KENA SINGKIRKAN DULU BARUAH-BARUAH NI DARI PASUKAN MEREKA BARULAH JUDI HARAM NI BOLEH DIHAPUSKAN SECARA TOTAL.

SEBAB DUA TIGA EKOR BARUAH NI, HABIS TERUS JASA BAIK POLIS SELAMA INI DAN LABEL "POLIS MAKAN RASUAH" TIDAK AKAN HILANG SAMPAI BILA-BILA.

JPX

Mampukah polis? Itulah persoalan yang timbul apabila pasukan itu di seluruh negara mempunyai empat hari sahaja lagi untuk memenuhi arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu kawasan mereka ‘dibersihkan’ daripada kegiatan mesin judi haram.

Dalam arahan yang dikeluarkan oleh beliau pada Ahad lalu, Khalid memberi tempoh seminggu untuk mereka berbuat demikian atau berhadapan dengan tindakan tegas termasuk ditukarkan 24 jam.

Walaupun ketegasan Khalid itu dipuji namun apa yang menjadi persoalan mampukah pasukan polis membanteras habis-habisan kegiatan haram itu sehingga ke akar umbi berdasarkan tempoh yang diberikan oleh beliau.

Ini kerana kebanyakan premis perjudian ketika ini dikatakan menutup operasi mereka berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Khalid.

Semalam dalam pertemuan dengan ketua-ketua polis daerah, Khalid menyifatkan judi haram sebagai ‘duri dalam daging’ kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu beliau mengingatkan, beberapa langkah drastik akan diambil antaranya tindakan buang kerja ke atas pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan sindiket.

Sebelum ini Utusan Malaysia pernah mendedahkan dianggarkan terdapat lebih 20,000 premis perjudian di seluruh negara.

Apa yang menjadi kebimbangan ialah adakah sindiket hanya akan menghentikan kegiatan mereka untuk sementara sehingga keadaan kembali reda dan kemudiannya akan menyambung kembali kegiatan haram tersebut. Ini memandangkan jumlah serbuan oleh polis dilakukan berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Justeru pelbagai pihak mahu polis terus mempergiatkan serbuan dari semasa ke semasa dan bukannya menghentikan operasi tersebut selepas tempoh diberikan oleh Khalid tamat.

Desakan itu berikutan wujudnya kebimbangan berlakunya kebocoran maklumat berhubung sesuatu serbuan sehingga menyebabkan operasi polis gagal di premis-premis yang menjadi sasaran.

Utusan Malaysia difahamkan, pada hari pertama Khalid mengeluarkan arahan itu beberapa premis mesin judi haram tidak beroperasi sehingga menimbulkan persoalan bagaimana maklumat arahan tersebut bocor.


6 comments:

Anonymous said...

bagaimana maklumat boleh bocor? aduh-aduh...!! camanelah admin boleh tanya soalan ni. bukankah KPN umum secara rasmi melalui media bahawa operasi besar-besaran oleh pdrm ke atas premis judi haram wajib dilakukan dalam tempoh seminggu atau KP negeri akan ditukar 24 jam. jadi, apa yang rahsianya? media dah kasi sebar, tokey2 judi berhentikanlah operasi serta merta. ada benda pelikkah?

Unknown said...

anon 10:14, itu satu hal. sebelum ni pun, KPN tak umum tapi tauke macam dapat tahu jer tarikh dan masa operasi. setuju tak?

Anonymous said...

Mesti Ada yang buat taik.....2 perkara manusia lemah iaitu wanita Dan Wang!!!!

kamal fnd hashim said...

Adalah 2 perkara yang berkaitan mesin judi ini. A) Akta rumah judi terbuka dan B) Enakmen Cukai Hiburan. Akta dilulus oleh parlimen manakala Enakmen adalah DUN.

-Polis mengambil tindakan terhadap mesin di bawah Akta RJT. Pakar judi perlu mengesahkan ianya mesin judi untuk didakwa di bawah akta ini. Jika tidak ia hanya menjadi kes saman berkompaun sahaja.

PBT pula bertindak di bawah Enakmen Hiburan tanpa perlu mengira sama ada ianya mesin judi ataupun tidak. Tindakan dan rampasan boleh dibuat misalnya atas alasan berniaga tanpa lesen, kutipan cukai hiburan dan juga kesihatan.

Untuk berlaku adil, perlulah difahami bidang kuasa ini. Lebih utama lagi, jika sesiapa merasakan tindakan tidak diambil dengan betul, maklumat kegiatan mesin judi juga boleh disalur terus ke Suruhanjaya Integriti Malaysia ataupun SPRM.

Kamal fnd hashim
penganalisis jenayah

Anonymous said...

Patut umum akan adakan operasi selama sepuluh tahun, barulah tokey judi ni akan tutup operasi selama 10 tahun, lepas tu dia bankrap, padan muka dia.

Anonymous said...

Pomen hok baiki BASIKAL pun tahu .. kat mana rusak BESAR @ KECIK..
NI .. APATAH LAGI KERJA KITA ...BILA AMANAH TIDAK ADA JIWA..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa