Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 03, 2014

ANWAR IBRAHIM SEMBAHYANG SELEPAS LIWAT SAIFUL???


Tandatanya terus berlegar mengenai jangkaan bila keputusan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui.

Ini kerana ketika perbicaraan ditangguhkan tengahari Jumaat semua petanda menunjukkan besar kemungkinan ia akan meleret hingga ke hari Selasa.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai penal lima hakim mengadili rayuan berkenaan telah melanjutkan perbicaraan ke hari Isnin.

Namun perbicaraan hari itu hanya akan berlangsung setengah hari kerana beliau ada urusan lain.

Ketua peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memulakan hujah beliau pagi Jumaat baru membentangkan 20 peratus hujahan.

Ini bermakna jika tidak beres Isnin hujahnya akan disambung Selasa.

Perlu diingat selepas Shafee selesai hujahnya,pasukan peguam pembela Anwar pula akan beri hujah balas.

Jika begitu halnya rasanya amat tipis kemungkinan penal hakim dapat buat keputusan dalam masa yang suntuk.

Malah terdapat kemungkinan ia hujahan balas peguam bela boleh meleret masuk Rabu.

Ada kalangan pakar undang-undang meramalkan penal hakim akan ambil masa untuk teliti semua butiran kes serta hujahan kedua pihak peguam bela dan pendakwa sebelum membuat keputusan muktamad.

"Siapa tahu mungkin penal hakim akan ambil masa beberapa hari sebelum umum keputusan,"kata salah seorang darinya.

Apapun Anwar tetap Anwar.Ketika ditemui wartawan selepas mahkamah ditangguhkan sebelum waktu sembahyang Jumaat,beliau sudah berlagak macam hakim sendiri bila berkata," saya akan dibebaskan Selasa ini".

Juga dengan gelagat biasanya beliau mendakwa hujah Shafee lemah.

Anwar bersama sebilangan penyokongnya kemudian berjalan kaki dari Mahkamah Persekutuan menuju ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menunaikan sembahyang Jumaat. [Gambar atas, Anwar sedang berbual dengan beberapa rakan termausk Tan Sri Muhammad Muhd Taib di cafe mahkamah waktu rehat perbicaraan]

Ketua peguam pendakwa itu dalam hujahnya antara lain kata kes liwat Saiful Bukhari Azlan adalah kes penderaan seksual antara majikan dan pekerja.

Beliau berhujah kes penderaan seksual tidak hanya berlaku kepada wanita tetapi juga kepada lelaki.

Oleh itu beliau menegaskan Saiful mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan.

Shafee berkata Anwar bukan sebarang orang,karismatik dan mampu mempengaruhi seorang lelaki muda.

Katanya Saiful mengakui dia takut pada Anwar.

Menurut Shafee selepas perlakuan seks,Anwar menasihatkan Saiful agar jangan tinggalkan sembahyang.

Beliau memberitahu jika Saiful berkeras Anwar akan jadi marah.

Shafee mempersoalkan bagaimana Saiful seorang yang tercicir dari universiti mendapat ' layanan istimewa'.

Katanya Saiful pergi bersama Anwar ke Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun selain gaji tetap RM1,000 sebulan.

Masa ke Singapura diberi elaun AS1,000 dan Hong Kong HK 1,000.

Anwar juga beri Saiful suit jenama Brioni ( yang amat mahal).

Kata Shafee beliau sendiri tidak ada suit semahal itu.

"Kenapa perlu Anwar ada hubungan itu ?,"beliau bertanya.

Shafee juga menafikan kes liwat Anwar ada kaitan dengan sebarang konspirasi bagi menjatuhkan kedudukan Ketua Pembangkang itu.

Ditemui wartawan selepas itu, Shafee berkata beliaua yakin dapat membuktikan pada Isnin ini bahawa Anwar sememangnya menggunakan berus gigi, tuala dan botol air mineral ketika berada di lokap.

Shafee berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela bahawa tidak ada sesiapa yang melihat Anwar menggunakan elsibit-eksibit berkenaan ketika di dalam lokap.

“Kita akan buktikan dia memang menggunakannya Isnin ini. Ada bukti jelas dan bahagian ini tidak dikemukakan oleh pasukan pembela dalam Mahkamah Rayuan dulu. Tiba-tiba mereka sedar bahagian ini mesti dibawa kali ini. Kita akan lihat nanti,” katanya.

Menjawab satu lagi soalan, Shafee menjelaskan perbuatan meliwat tanpa rela boleh disamakan dengan rogol dan mempertikaikan mengapa masyarakat memberi layanan tidak adil kepada Saiful Bukhari.

“Mengapa Saiful dilayan berlainan daripada orang lain? Sekiranya seorang pekerja itu menghadapi gangguan seksual atau cubaan rogol dari majikannya, semua orang bising dan NGO-NGO akan berlumba-lumba bertindak. Liwat itu sama juga dengan perbuatan rogol, cuma ia dilakukan secara paksa oleh seorang lelaki terhadap seorang lelaki yang lain,” katanya.

Mengenai dakwaan berulangkali oleh pihak peguambela kononnya berlaku konspirasi untuk menganiaya Anwar, Shafee menegaskan ia tidak mungkin berlaku.

“Mereka tidak menjelaskan secara khusus. Mereka cuma dakwa ia berlaku dari Perdana Menteri sehingga ke peringkat bawah kepada Pegawai Penyiasat. Di antara itu pendakwa juga tuduh berlaku konspirasi dalam sistem kehakiman, hakim, doktor, ahli kimia…Kalau semua orang ada konspirasi, ada siapa yang boleh mengatakan bagaimana konspirasi itu berlaku?

“Kalau ada konspirasi mengapa Saiful Bukhari sanggup menanggung cemuhan dengan pergi ke dua buah hospital dan kemudian diberitahu supaya pergi ke HKL pula. Selepas itu duburnya diperiksa. Ia bukan perkara yang mudah. Mengapa Saiful perlu susah payah menanggung ini semua ini kalau Kerajaan ada konspirasi?

“Jika benarlah berlaku konspirasi, sudah tentu mereka (kerajaan) boleh memudahkannya untuk Saiful dan menyuruhnya terus ke HKL dan dua orang doktor akan sedia menanti supaya Saful tidak perlu menunggu dari jam 4 petang hingga 9 lebih? Semua ini tak masuk akal.

“Keduanya kalau mereka menuduh berlaku konspirasi berhubung sampel air mani, di mana polis nak dapat air mani? Di Malaysia ada bank sperma kah?”

1 comment:

Anonymous said...

hehe abang non ni mmg kelakar orangnya. lps meliwat pi semayang dgn harapan dosa Allah ampunkan. yg peliknya smp skrg tak pegi2 lg dia ke Mekah untuk tunai haji sedangkan PM, TPM, menteri2, timbalan bahkan sekutu2 beliau dlm PAS dah berkali2 ke Tanah Suci utk kerjakan haji bahkan umrah. kalau boleh beli sut brioni untuk dibagi kpd coffee boy beliau, takkan nak tunai haji sekali seumur hidup pun x mampu? ini pencacai2 beliau kena ty dia sendiri memandangkan sel2 otak mereka x berhubung lg.

jentayu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa