Peguambela Anwar Ibrahim Gopal Sri Ram kini cuba mempertikaikan dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan sebagai bukti. Beliau mendakwa salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.
Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang bertindak menjadi ketua peguambela Anwar Ibrahim dikatakan telah dijanjikan sesuatu jika Anwar Ibrahim memenangi kes ini.
Gopal Sri Ram yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar Ibrahim telah diminta oleh Anwar Ibrahim bagi 'membeli' dan 'mengatur' keputusan TIDAK BERSALAH dan DIBEBASKAN untuk Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, sumber maklumat tidak mendedahkan bila dan lokasi perbincangan serta pengaturan tersebut telah dibuat.
Sepanjang kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yang suram, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin menyatakan, Mahkamah Persekutuan akan membebaskannya daripada sebarang hukuman.
Malah, beberapa sumber yang agak kukuh pula menyatakan, penglibatan seorang SETIAUSAHA POLITIK Perdana Menteri yang kononnya telah memberitahu Anwar Ibrahim, Najib telah 'mengatur' segala-galanya bagi pembebasan Anwar dengan balasan, Anwar akan menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam dan tidak lagi menyentuh kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, juga banyak beredar menerusi aplikasi WhatsApp.
Keputusan sama ada Anwar Ibrahim akan dipenjarakan atau dibebaskan, kini ditunggu-tunggu oleh kesemua rakyat Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia menuntut agar Anwar Ibrahim yang banyak menghuru-harakan kepada negara, dipenjarakan dan disenyapkan terus daripada arus politik perdana selain menanggung natijah daripada perbuatan songsangnya.
Manakala NGO-NGO asing dan pro-kebebasan seksual pula mendesak agar Kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim daripada sebarang tuduhan dengan alasan, hubungan liwat antara Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan adalah dibuat berdasarkan SUKA SAMA SUKA.
Seorang pemerhati berkata kalaulah nak berlawan di mahkamah dengan hanya mengharapkan kemenangan kerana kesilapan teknikal semata-mata ternyata ianya adalah satu perbuatan yang tak bermoral.
Anwar Ibrahim sepatutnya kedepan membela diri dan bukan mengharapkan peguambelanya yang kerap bertukar-tukar dan asyik menunda kes.--SUMBER
1 comment:
Harap2 gomen x beli idea anwar....
Anwar mmg makhluk yg x boleh dipercayai....
Post a Comment