Telah banyak dibicarakan isu kempen “I want to touch a dog” atau kempen pegang anjing ini. Telah kita bahaskan panjang lebar soal hukum hakam Islam dari pelbagai Mazhab.
Yang mempertahankan masalah pegang anjing ini akan terus mempertahankan hujah mereka. Masalahnya kumpulan ini tidak faham, yang kita marah bukan sebab dia mahu pegang anjing atau dia kata pegang anjing tidak haram.
Yang kita marah dia buat kempen pegang anjing. Ini cubaan menghina pandangan orang Islam lain dan aliran Mazhab Syafie. Mazhab Syafie telah diterima sebagai asas struktur hukum Islam di negara ini dengan beberapa kekecualian mengikut ijtihad ulama.
Jadi kalau dia mahu pegang, peluk, mandikan anjing secara individu di rumahnya itu antara dia dengan Allah.
Tapi apakah motif dan tujuan buat kempen terbuka ini? Tujuannya untuk menghina orang Islam lain yang berpegang kepada Mazhab Syafie dan mahu meliberalkan pemikiran Islam di negara ini.
Ada beza besar antara berpegang kepada pandangan mana-mana mazhab dengan mahu menghina dan mencerca pandangan Mazhab lain.
Ini juga merupakan agenda tersirat kumpulan bukan Islam terutamanya kaum cina. Tujuan mereka untuk menghalalkan pergerakan anjing-anjing mereka ini ke mana-mana tempat termasuk taman permainan, sekolah, kompleks membeli belah tanpa sebarang rasa bersalah atau segan silu lagi jika anjing tersebut menggesel-gesel atau menjilat mana-mana muslim lain.
Ini kempen kumpulan liberalis Islam disokong dan didokong oleh cauvinis Cina yang mahu meruntuhkan sosio pemikiran orang Melayu dan Islam di negara ini.
Kempen ini bukan sekadar memberi perspektif lain dalam konteks pemikiran Islam di negara ini. Sebahagian Melayu yang menyokong tukang kempen ini sebenarnya tidak nampak dan tidak faham matlamat sebenar kempen ini.
Orang Melayu selalu lihat benda cetek akhirnya bila terhantuk baru tergadah.-AJAB
2 comments:
Jgn sangka pompuan bertudung tu semua faham tentang syariat dan pandangan ahli sunnah. Mereka kata islam itu mudah, sbb itu mereka mengambil mudah ttg islam. Usaha meliberalkan agama islam sedang hebat dirancang dan dilaksanakan....
Nak kempen..
"I want to kick this guy..!"
Post a Comment