Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 02, 2014

KENAPA HANYA ORANG PAS SAHAJA YANG KEMARUK NAK "JIHAD"???


Antara perkara yang seringkali diperkatakan di dalam Islam adalah JIHAD FISABILLAH. Jihad sebenarnya mempunyai pengertian yang amat meluas dan pelbagai elemen dalam pentafsirannya. Namun bagi sesetengah orang yang berfikiran singkat dan sempit, mereka melihat pertumpahan darah adalah satu bentuk jihad dalam usaha mempertahankan kepercayaan mereka.

Pada zaman moden ini, kepercayaan dan penerimaan jihad itu sendiri sudah banyak berubah. Kebanyakan pemercaya pula membuat tafsiran yang pelbagai termasuklah memerangi saudara seIslam yang berlainan ideologi – bukannya akidah – sebagai suatu jihad dan pemeliharaan agama Islam.

Penyempitan tafsiran tersebut tidak sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Antara keganasan dan jihad, kini tidak lagi dapat dibezakan. Bagi sesetengah golongan, terutama yang kuat berpegang kepada pendapat jihad yang paling mulia adalah menumpahkan darah dan menghapuskan pihak musuh dengan keganasan, otak dan akal mereka hanyalah membunuh. 

Falsafah jihad yang diperintahkan oleh Allah Taala, tidak lagi dipedulikan malah tidak pernah diselidiki. Kisah-kisah daripada riwayat yang menceritakan tentang jihad pada zaman Rasulullah s.a.w, para Sahabat r.a, dan Solafus-Soleh juga telah disempitkan dengan kehausan darah.

Suka atau tidak, tidak ada satu pun JIHAD – sepertimana yang difahami oleh mereka – berjaya di muka bumi ini sepanjang zaman moden. Palestin kekal menjadi neraka dunia dan walaupun bertrilion wang telah dicurahkan dan jumlah tan senjata yang dihantar ke negara tersebut, Palestin kekal dijarah dan dijajah oleh Zionis yang hanya 16 juta orang. Iraq yang pernah menjadi negara paling maju pada abad ke-8 sehingga abad ke-12, kini merupakan negara yang tidak sesuai didiami dengan perang sesama sendiri atas nama jihad kononnya, tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. 

Begitu juga dengan Syria, jihad yang dilancarkan kononnya, bukannya mengembalikan kehebatan Islam, tetapi jelas pula menunjukkan betapa umat Islam dan warga Arab Syria merupakan golongan bebal yang mudah mengikut telunjuk golongan yang menjadi dalang mengawal mereka.


Kecuali Bosnia-Herzegovina, Chechnya, Kosovo, jihad di Afghanistan akhirnya menyaksikan saudara mara berbunuhan sesama sendiri. Jihad di selatan Thailand pula menyaksikan pembunuhan rambang sehinggakan yang tidak ada kena mengena dengan perang, turut terbunuh. Manakala jihad di selatan Filipina lebih kepada kegiatan lanun dan perompak laut yang tidak ada pantang larang.

Jihad yang dilancarkan tidak mendatangkan kebaikan,sebaliknya imej Islam semakin memburuk, kotor, ganas dan dilihat terlalu gasar. Islam sebagai agama indah, kini hanyalah bersifat retorik semata-mata. Jihad dalam definisi sebenar telah dikotorkan oleh golongan yang haus darah, suka melihat kematian dan berfikiran jumud yang juga pada masa yang sama, menunjukkan dengan jelas, golongan berkenaan tidak berotak dan tidak berakal melainkan menjadi zombie yang telah terkena sindrom remote control oleh mullah masing-masing.

Pembabitan rakyat Malaysia dalam apa yang dikatakan sebagai jihad di seluruh dunia, bukan perkara baru. Bagaimanapun, tidak banyak yang diperkatakan tentang pembabitan tersebut. Kematian mereka juga tidak disambut atau diraikan.

Namun perkembangan terbaru, amat menarik apabila Facebook menjadi medium untuk memperkenalkan diri sebagai PENSYAHID.

Lebih 100 orang rakyat Malaysia yng radikal kini berada di Timur Tengah, bertempur bagi pihak ISIL. Itu yang didedahkan oleh PDRM. Jumlah tersebut adalah berdasarkan laporan pihak perisikan yang telah diterima oleh Cawangan Khas. Bagaimanapun, jumlah sebenar mereka tidak diketahui memandangkan terdapat banyak laluan ke negara-negara bermasalah di Timur Tengah.

15 orang rakyat Malaysia telah disahkan terbunuh di Syria dan kesemua mereka berjuang bagi pihak ISIL, kumpulan serpihan Al-Qaeda bagi membentuk kekhalifahan Islam di Iraq dan Syria. Manakala 16 orang rakyat Malaysia telah ditahan oleh polis sepanjang 2 bulan ini kerana merancang untuk terlibat dengan pertempuran di Timur Tengah.

Sesetengah daripada mereka adalah pelajar, manakala sebahagian yang lain mempunyai pekerjaan tetap tetapi lebih ramai yang merupakan golongan keciciran. Kesemua mereka ini sangat mudah dipengaruhi oleh ‘USTAZ-USTAZ INTERNET’.

Menurut pihak berkuasa, tidak seperti 10 tahun lalu di mana pengendalian dan proses merekrut simpatisan militan dilakukan di sekolah-sekolah agama, sekarang ini kebanyakan perekrutan dilakukan secara di atas talian.

Media sosial telah menjadi peranti yang sangat berkuasa bagi kumpulan-kumpuan ini untuk mendapatkan sokongan dan tenaga manusia yang baru. Selain itu, di Internet juga terdapat terlalu banyak material untuk ekstremis.

Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia yang terlibat dalam ‘perang jihad’ di luar negara akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara apabila mereka pulang. Mereka yang terlibat dalam jihad di Timur Tengah, boleh didakwa kerana terliba dalam terorrisme.

Beberapa hari lepas, PAS mengeluarkarn kenyataan bahawa parti tersebut telah memecat Lotfi Ariffin pada bulan lepas selepas mendapat tahu, individu berkenaan terlibat dalam kumpulan pejuang militan di Syria.

2 comments:

Anonymous said...

Kena berilmu, kena juga tahu situasi setempat. Silap nanti niat berjihad, bergabung pulak dgn kumpulan yg sesat, syiah, khawarij, wahabi.

Anonymous said...

kenapa orang umno suka sangat makan coklat babi...???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa