Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Recent Posts

Friday, June 27, 2014

ORANG KUAT PETRONAS ADALAH TALI BARUT KOMUNIS!!!


MEMBACA rungutan CEO Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam temubualnya dengan majalah The Edge, penulis mula rasa orang Melayu ini seakan tidak boleh diberikan jawatan tinggi, mesti lupa daratan sebab dah anggap diri tu macam besar sangat walaupun jawatan itu sebetulnya atas ehsan kerajaan yang memerinah.

Yang buat penulis berpandangan begitu sebab antara lain, Shamsul secara terbuka menyalahkan pemimpin-pemimpin UMNO kerana kononnya campur tangan dalam urusan Petronas, terutama bila Petronas dibawah pentadbirannya, menghadkan dividen yang dibayar syarikat itu kepada kerajaan, pada kadar 30% setahun walaupun keputusan itu mendapat bantahan beberapa pemimpin UMNO yang ikut katanya mahu ‘lebih lagi’.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan, tidak pula disebutkan Shamsul tapi yang nyata bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disahkan oleh Shamsul sendiri dalam temubual tersebut tidak banyak campur tangan dalam urusan Petronas.  Shamsul hanya mengkategorikan mereka ini sebagai birokrat politik dari kerajaan.

Persoalannya sekarang, Shamsul sudah lupakah bahawa Petronas adalah syarikat milik kerajaan?  Kalau kerajaan tidak boleh masuk campur dalam syarikat yang dimilikinya sendiri terutama dalam soal polisi, siapa yang boleh?

Menafikan hak kerajaan untuk masuk campur dalam Petronas adalah satu kesilapan Shamsul kerana selain memiliki syarikat tersebut, kerajaan juga banyak membantu Petronas terutama dalam soal mendapatkan hak penerokaan minyak di luar negara yang sebahagian besarnya berjaya kerana hasil hubungan baik kerajaan kita dengan kerajaan negara luar yang berkenaan.

Kesilapan Shamsul yang lain ialah bila menganggap Petronas adalah ‘penjaga’ hak minyak di Malaysia.  Itu silap, penjaga yang sebenarnya ialah kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihanraya, Petronas hanya sebagai agensi perlaksana dasar-dasar petroleum negara mengikut Akta Petroleum 1974 yang digubal di Parlimen oleh wakil-wakil rakyat aka orang politik.

Malah, sama ada suka atau tidak, perlantikan Shamsul sebagai CEO Petronas itu sendiri pun adalah kerana campur tangan politik!!

Kalau bukan kerana UMNO/BN yang memerintah, pasti ramai lagi nama Cina, India atau nama orang asing yang lebih layak untuk mengisi tempat tersebut berbanding Shamsul.  Memang Shamsul ada pengalaman dalam bidang petroleum, tapi majoriti pengalaman Shamsul pun datang dari syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia juga.

Antaranya Petronas sendiri dan MISC.  Kenapa kaitan dengan kerajaan Malaysia ini penting kerana dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada orang Bumiputera.  Itu yang dapat pengalaman banyak tu, kalau nak harap syarikat asing, nak ke mereka beri tempat pada Shamsul?

Lupakan sajalah.

Kalau ikut merit, kerajaan patut ambil bekas-bekas CEO syarikat minyak dunia yang lebih besar dan berjaya seperti Shell dan sebagainya untuk dilantik ke jawatan itu, tapi ia tidak berlaku kerana UMNO memberi keutamaan kepada Melayu/Bumiputera, dan sekarang Shamsul nak menuduh UMNO macam-macam?

Jadi jangan bangga sangatlah dengan jawatan itu kerana jika bukan kerana UMNO, Shamsul mungkin tanam ubi belakang rumah saja, buat menghabiskan masa.

Sebetulnya ada banyak lagi penulis nak kupas ni, terutama tuduhan Shamsul bahawa orang Melayu hanya bergantung kepada pemberian dan suapan untuk mendapatkan projek di Petronas – ini betul kurang ajar, sebab itu kena ada satu artikel khas untuk membincangkan hal ini sahaja.

6 comments:

Anonymous said...

bekas Pengerusi Shell Malaysia pun orang Melayu, Anuar Taib. sekarang dia dalam Petronas, khidmat negara katanya. patut kerajaan pertimbangkan dia untuk memimpin Petronas. kemampuannya telah diperakui oleh syarikat antarabangsa, bukan GLC yang banyak kroni. siapa lagi yang lebih layak......?

usin said...

selama-lamanyalah melayu akan begitu. bila kedudukan semakin tinggi dimana duit bukan lagi masalah, nak beli apapun boleh maka kepala hotak, akal budi dan hati nurani akan transform kepada liberal. walaupun dilantik ke kedudukan tersebut atas dasar merit kaum melayu, sebab dah rasa hebat, kaya, senang dan perasan akal lebih cerdik berbanding orang lain maka akar pokok kaum sendiri mula dipotong dan batang dipangkas. inilah anjakan paradigma haram jadah yang mula menjadi hantu jembalang kepada kaum melayu. jika hang tuah masih hidup, mesti dia rasa malu kerana pepatah 'takkan melayu hilang didunia' sebenarnya silap besar dan pembohongan sahaja. melayu sebenarnya dalam proses untuk melupuskan identiti, kepentingan dan spesis itu sendiri. inilah yang berlaku, serius!!

Anonymous said...

-Banyak juga pemimpin korporat Melayu Boneka Politaik yg berlagak Leader.

-Bunyi2 Shamsul tu mmg bukan Ahli Professional.. Kalau Bang sana sini bagi alasan..tampa idea..& mengeluarkan Sampah ke the EDGE tu..biasanya Korporat Boneka..

-"Alfa Male" biasanya banyak idea MEMBINA bukan mencerca manusia lain

-Mungkin asasan Beruk ini untuk melantik Binatang2 lain bagi menggadai Petronas..Samalah NASIB macam BAM..lantik beruk bernama Darren mewakili Malaysia & kalah..

-tukang gadanya Datok Forza

Anonymous said...

Usin..ulasan yg mantap..amat benar saperti yg diguriskan..melayu tak sedar siri...bila mampus kita suruh cina kapan dan sembahyang jenazah..agak agak dia setuju tak?

Anonymous said...

usin..ulasan yg mantap...melayu macam ni..bila mampus kita suruh cina uruskan mayat dia..dah nak liberal sangat..tak sedar diri..

Anonymous said...

apa yg shamsul cakap tu mmg betul.kerajaan cuma memantau saje.tp kalau kontrak bg org melayu tp jd mcm projek lembu,buat ape...org umno ni lah yg bnyk menjahanamkn org melayu..kita tengok je lah tanah rizab melayu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa