Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 04, 2014

DAP SALAHKAN PAS YANG BERPERANGAI HODOH PUNCA MEREKA KALAH DI TELOK INTAN


Dari awal lagi telah diperkatakan bahawa DAP akhirnya mencapai kata sepakat untuk menyalahkan PAS sekiranya calon mereka, Dyana Sofya kalah di PRK Teluk Intan. PAS bukan sahaja akan dipersalahkan kerana memperjuangkan hudud tetapi juga kerana gagal menarik lebih ramai pengundi Melayu untuk mengundi DAP terutama sekali di DUN Changkat Jong yang merupakan kubu kuat UMNO.

Kubu kuat UMNO bererti di kawasan tersebut, majoriti pengundinya adalah Melayu.

Selepas DAP bergolak seketika, terutama sekali puak-puak DAP Perak yang diketuai oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming membelasah Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng kerana kegagalan mereka, kini giliran PAS pula dijadikan kambing hitam bagi membolehkan masalah dalaman DAP tidak diperkatakan secara umum, sekaligus menghilangkan kepercayaan ahli-ahli parti kepada parti chauvinist tersebut.

Orang yang paling sesuai melakukannya adalah Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong yang juga merupakan anak Karpal Singh dan peguam Anwar Ibrahim.

Gobind Singh, sama seperti bapanya, tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana mereka berpendapat hudud mencabuli kebebasan beragama di negara ini. Mereka juga beranggapan hudud merupakan penjajahan umat dan sistem siasah Islam ke atas bukan Islam di Malaysia.

Justeru dari awal lagi, Dyana Sofya ketika permulaan kempen di Teluk Intan, menegaskan bahawa dia akan menolak hudud sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen. Tujuannya bukanlah untuk umat Islam, sebaliknya untuk pengundi-pengundi Cina dan India yang mengatasi jumlah pengundi Melayu Islam pada kadar 58% sekiranya digabungkan.

PAS pula menerusi beberapa orang pemimpinnya yang sudah dikenalpasti sebagai penjilat ulung Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, turut menyokong Dyana Sofya sehinggakan terkeluarlah pelbagai ‘fatwa-fatwa’ pelik termasuklah, Dyana Sofya bukanlah menjadi mudarat jikalau tidak menutup aurat kerana mudarat UMNO lebih besar dari mudarat aurat Dyana Sofya. Bahkan Mujahid Anak Lelaki Yusof Rawa turut mengeluarkan hujah bahawa, aurat Dyana Sofya bukanlah sesuatu yang penting berbanding mengalahkan UMNO di Teluk Intan walhal UMNO tidak bertanding pun di Teluk Intan walaupun menjadi jentera utama kempen pilihanraya parti komponen Barisan Nasional, GERAKAN di situ.

Dari awal lagi sudah dikesan yang DAP telah mengarahkan PAS agar langsung tidak bercakap tentang hudud di Teluk Intan. Malah di kalangan pengundi-pengundi Islam juga diarahkan PAS agar tidak menyentuh langsung tentang hudud. PAS hanya diarahkan untuk menceritakan kebaikan DAP, keterbukaan DAP dan betapa rasionalnya DAP untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera dan Islam di Malaysia, sebaliknya mewujudkan Malaysian Malaysia.

Dan seperti yang diduga, PAS melakukan dan akur dengan arahan tersebut tanpa banyak bersoal jawab atau mengeluarkan hujah sepertimana kegemaran mereka bertaki dan bertengkar dengan orang UMNO. Memang tidak ada langsung kempen hudud di Teluk Intan oleh PAS.

Malangnya, Dyana Sofya tetap juga kalah. Pengundi-pengundi Cina seramai 15% dan pengundi-pengundi India seramai 10% telah berpaling daripada menyokong DAP kepada memilih Barisan Nasional.

Mahu tidak mahu terpaksalah para pecacai Pakatan sekaliannya mencari-cari salah dan silap SPR untuk dihebahkan sebagai alasan mengapa Dyana Sofya kalah di Teluk Intan. Sehinggakan jumlah kertas undi  yang tidak memasukkan sekali undi pos dan kertas undi awal turut ‘dihilangkan’ daripada hujah mereka semata-mata untuk membuktikan wujudnya kertas-kertas undi hantu.

DAP Perak yang diketuai oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham serta Hew Kuan Yau yang cukup terkenal dengan ceramah maki hamunnya, mengambil kesempatan membalun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terbuka. Kepimpinan DAP yang condong kepada Lim anak beranak itu, akhirnya mencapai kata pemutus bahawa yang perlu dipersalahkan adalah PAS dan HUDUD PAS.

Itu sahajalah nasib yang ada pada PAS. Kalah DAP, mereka yang dipersalahkan. Menang DAP, mereka tetap juga bertaraf pemegang bendera dan pengguling di atas jalanraya seperti yang berlaku pada Februari 2009 di Kuala Kangsar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa