Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 29, 2014

JAGA-JAGA ORANG TELOK INTAN...


KALAU pakar 'spin' atau putar belit bagilah pada dia. 'Dia' atau merujuk pada pakatan pembangkang memang pakar `spin'. Siapa pun tidak boleh tanding.

Ini sehinggakan sekutunya yang agak Islamik iaitu Pas terikut-ikut dengan taktik pakatan sebegini.

Di Teluk Intan sehari dua ini, sibuklah Pas mencanangkan satu isu ini dalam siri ceramah pilihan raya kecil Parlimen di situ kepada pengundi Melayu.

Dikhabarkan, kata pemimpin-pemimpin Pas tempatan kepada penyokong dan pengikutnya bahawa tidaklah salah mengundi calon DAP di Teluk Intan, bahkan mesti dan diharuskan. Meskipun calon DAP orang Melayu, dakwa penceramah-penceramah Pas tadi, sekiranya dia menang, lambat-laun dia akan dipancing masuk ke dalam UMNO. 

Lantas, penceramah Pas tadi beria-ia lah memberikan contoh bagaimana Tunku Abdul Aziz meninggalkan jawatan Naib Pengerusi DAPnya dan melangkah memasuki kem kerajaan. Justeru, pengundi tidak wajar takut-takut si calon DAP itu Islam atau Melayu pun, akhirnya di penghujungnya akan masuk UMNO juga. Itu momokan Pas Teluk Intan. Memang mudah untuk Pas mencanangkan 'spin'nya, sampaikan terkedu jugalah orang kampung di Teluk Intan.

Ketika ini calon DAP di Teluk Intan tidak menerima sambutan hebat'seperti mana peringkat awal dia masuk gelanggang pada hari penamaan calon tempoh hari. Barangkali orang sudah sedar sejauh mana tahap kecerdikannya.

Difahamkan, pengundi Teluk Intan mula kembali melihat kewibawaan calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Pengundi berharap­kan sesuatu. Kata mereka, apa salahnya Siew Keong diberi peluang. Mari kita lihat betulkah janjinya mahu membangun dan memajukan Teluk Intan. 

Kita beri Siew Keong dalam tiga tahun setengah ini, jika puas hati, Siew Keong akan kita kekalkan status quo lagi pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Itu kata pengundi Teluk Intan yang hinggap di telinga penulis.

Di Teluk Intan kelmarin, calon DAP membuat laporan polis terhadap penyebaran gambar (yang bukannya gambar dia pun) dalam keadaan kononnya dia 'berbikini', di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandar itu. Setakat ini, memang tiada siapa yang boleh dipertanggungjawabkan terha­dap penyebaran gambar yang memang palsu itu. Meskipun kuat dikaitkan dengan Red Bean Army pakatan pembangkang, itu bagaimanapun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Namun, dalam usaha memenangi hati pengundi Teluk Intan, jentera BN perlu lebih bekerja keras dalam tempoh empat lima hari ini. Jumpalah seramai mana lagi pengundi yang belum ditemui. Jadikan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong medan yang benar-benar akan menyokong Siew Keong.

Jentera dan masyarakat di Teluk Intan bukannya tidak dapat membezakan putar-belit parti yang bertanding.

Cuma, jangan menari ikut rentak mereka. Jangan melatah kerana perkara-perkara sebegini dibangkitkan pada masa-masa tertentu seperti mana yang berlaku seminggu ini.

Ini bukan template-template baharu. BN sudah mengharungi puluhan pilihan raya kecil. Dan apa sebab dalam keadaan begini sahaja perkara-perkara sebegini ditimbulkan.

Barangkali untuk menimbulkan emosi, menimbulkan kemarahan. Tetapi diyakini dengan kewarasan dan kebijaksanaan pengundi Teluk Intan, mereka dapat menilai siapakah yang layak menduduki kerusi Parlimen di situ.

Kalau sudah timbulkan kebencian dan sensasikan isu dan fakta, maka akhirnya siapa menang pun tidak berbaloi kerana suasana sudah berpecah-belah. Di Teluk Intan waktu ini, pengundi Cina dan Melayu seakan-akan sudah diketahui trend dan momentum undi mereka hendak diarah ke mana.

Cuma, pengundi India yang meliputi 11,000 orang terutama di Changkat Jong wajar diberi perhatian terhadap isu-isu yang berkait dengan kehidupan mereka. Ini terutama menyentuh sensitiviti kaum itu termasuk memerlukan sistem pembakaran mayat yang sesuai.

Dengan 7,000 undi yang terlepas dari tangan BN tahun lalu, 11,000 pengundi India ini akan menjadi penentu kemenangan mutlak dua parti yang bertanding ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa