Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 30, 2014

ALHAMDULILAH:HARON DIN AKAN LETAK JAWATAN!!!


Kuala Lumpur – Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di jangka akan membuat pengumuman berhubung perletakkan jawatannya di dalam parti itu.

Menurut sumber yang rapat beliau, keputusan itu dibuat ekoran beberapa isu antaranya masalah kesihatannya yang tidak beberapa baik sejak kebelakangan ini.

“Setelah mengambil kira beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sering uzur, Tuan Guru akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatannya di dalam parti.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dinasihatkan untuk banyak berehat” ujarnya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang enggan dikenali itu berkata, mengikut perancangan awal, Harun Din dijangka akan mengumumkan hasratnya itu ketika Muktamar Tahunan PAS ke-59, November ini.

“Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, Tuan Guru mungkin akan membuat pengumuman awal, saya akan maklumkan sekiranya ada sebaranag perkembangan berhubung perkara ini” ujar lagi.

Menurut sumber yang lain, Haron Din telah lama ingin melepaskan jawatannya di dalam parti namun terpaksa membatalkan hasratnya.

“Nak berhenti dah lama, tapi ramai yang datang berjumpa dan memujuknya agar menangguhkan hasrat tersebut.

“Ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang mungkin akan menjejaskan parti” ujarnya.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan, Haron Din kecewa dengan beberapa keputusan parti yang sejak kebelakangan ini telah lari dari hala tuju yang asal.

Namun kerana sayangkan PAS, beliau terpaksa menerimanya atas semangat ukhwah dan adap berjemaah.

“Ada beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan hala tuju asal parti, seperti kalimah Allah, pendekatan tahaluf siyasi dan yang terbaru cadangan perlaksaaan hudud di Kelantan yang turut ditentang oleh calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud.

“Atas sebab itu, Haron Din mungkin merasakan ada baiknya beliau berundur diri dari” katanya.

Walau bagaimanapun keputusan untuk berundur itu hanya melibatkan jawatan parti.

“Setakat yang saya tahu, Tuan Guru hanya akan mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Mursyidul Am sahaja, dan bukannya keluar terus dari PAS” jelasnya lagi

5 comments:

Anonymous said...

Boss dia yg dah dapat 'kifarah' pun belum terdetik utk berhenti,macam mana Dr.HD ni yg nampak lebih muda dan lebih berilmu,cepat mengaku kalah.Inilah kuasa Allah dalam menentukan gerak hati maknusia.

Anonymous said...

Alhamdulilah masih bersama jamaah PAS tidak masuk umno

Anonymous said...

Presiden pas yg tidak tegas...sering diperlekehkan oleh kafir harbi dan para munafikun dlm pakatan..
Klu aku...aku pun turut kecewa dgn sikap dan perangai rakan2 parti yg gila nak ke putra jaya tetapi hakikatnya hanya sekadar hamba dan kuda tunggangan kafir harbi.
Cukuplah bukti nyata dgn pelaksanaan hukum hudud di kelantan.Dulu penuh semangat nak laksanakan hudud sampai mgkafirkan sesama islam...bila dh sokongan penuh diberi oleh umno...tak jadi pulak!!!Nampak jelas hudud cuma retorik dan mainan politik ulama2 dunia dlm pas.Mereka ini tidak takut dgn balasan atas sikap munafik mrk.Sedih bila kepala mrk nie mudah dipijak oleh kafir harbi...

Anonymous said...

alhamdulillah! mujur x masuk DAP

Anonymous said...

Nk pelihara adab jemaah? PAS ni jemaah campuran setan dn org munafik.. sikit2 nk cr pasal dgn UMNO.. tp skrg dgn kafir teurs jd dayus.. bodoh PAS. Doa mintak Dato Harun letak jawatan dan keluar dr sarang busuk@parti PAS tu. bkn Islam yg dibawa tp kesesatan dan politik GILA!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa