Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 21, 2014

MB NEGERI SEMBILAN BAKAL DITUKAR???


Seremban, 21 Apr. – Desas desus berbunyi apabila khabar angin menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan menukar kepimpinan Menteri Besar di dua buah negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan memberi komen ringkas, “itu bidang kuasa Perdana Menteri (PM), jika PM kata sampai masa Menteri Besar A, Menteri Besar B perlu diganti, ini disebabkan PM mempunyai sebab-sebab untuk menambah nilai perkhidmatan sedia ada.

Tegas beliau, “sebagai orang yang bertugas dan bekerja, pertukaran portfolio merupakan perkara biasa dan lumrah dalam bekerja.

“Jika kita dikehendaki bertukar dan bersara, perlu terima dengan dada yang lapang, tidak perlu berfikir sebaliknya.” ujar beliau lagi.

Beliau menjawab soalan wartawan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Rumah Tunas Harapan (RTH) Negeri sembilan Tahun 2014, di Dewan Serbaguna NCWO, Seremban, hari ini.--SUMBER

5 comments:

Anonymous said...

Najib sepatuknya tukar beberapa menteri kabinet yg kemeterian banyak ketirisan duit rakyat dahulu.Begitu juga dgn menteri yang tak ada berfungsi dgn baik.

Anonymous said...

Jangan buat silap sudah la!

Anonymous said...

Menteri Pertahanan skrg
Jgn tukar
Tp tendang terus dr kabinet !!

Anonymous said...

elok lah pun sbb dia ni geng kuat KJ.. klu x silap dengar TS isa samad dulu disabitkan rasuah politik adalah dengan permainan kotor KJ dgn dia ni... tp rezeki katakan.. selang beberapa tahun TS isa muncul blk dgn power (bini baru)..
DS najib.. klu rasa2 ada lagi yg nk di GAME OVER kan... teruskan, jgn disimpan org2 ni.. MENYUSAHKAN..

Anonymous said...

Kenapa tak de yang sound tukar Najib? Tak yah tengok kpi, pru13 boleh jadi sandaran.

Kalau kata tukar kena lah overhaul dengan kepala nya sekali!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa