Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 24, 2014

HADI AWANG PERLU LANGKAH MAYAT ANAK BERANAK LIM UNTUK LAKSANA HUDUD!!!


SELEPAS ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu.

Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang.

Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng.

Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu.


Pilihan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam isu besar dan kontroversi seperti hudud, berdiam diri adalah lebih baik daripada bersuara yang boleh menyebabkan mereka hilang sokongan.

Adalah mustahil untuk mereka mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak menguntungkan meskipun tindakan itu mungkin dilihat seolah-olah mempermainkan ahli-ahli parti sendiri.

Nampaknya untuk tempoh lebih lama, ahli-ahli DAP tidak mungkin akan mengetahui secara rasmi pendirian Dinasti Lim berhubung hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

Ahli-ahli DAP ketika ini hanya boleh bergantung kepada ketegasan Karpal dalam menolak hukum itu yang perlu terus dihidupkan di sebalik kehilangan ahli politik berkenaan.

Bagi Pas pula, ketiadaan Karpal meskipun satu kehilangan besar rakan sekutu tetapi mengurangkan tekanan terhadap hasrat melaksanakan hukum Allah SWT itu.

Hilangnya suara lantang Karpal yang menentang hasrat Pas itu turut membawa maksud hilangnya imej buruk kepada kesepakatan dalam pembangkang.

Pas tidak perlu gusar dengan Dinasti Lim kerana sangat menyedari baik Guan Eng mahupun Kit Siang tidak akan bersuara kerana bimbang hilang sokongan ahli-ahli parti itu.

Malah, pengaruh Dinasti Lim dalam isu hukum hudud ini boleh dikatakan langsung tidak ada kerana dalam kalangan ahli Pas terutama di Pulau Pinang, rata-ratanya sangat yakin Guan Eng dan Kit Siang tidak akan menghalang.

Tidak dapat dipastikan sama ada keyakinan itu datangnya daripada jaminan yang diberikan Dinasti Lim sendiri atau menerusi pemimpin-pemimpin Pas.

Tetapi inilah yang dipegang mereka iaitu Dinasti Lim sebenarnya bersama-sama Pas dalam pelaksanaan hukum hudud.

Namun, dalam meyakini perkara itu, mereka juga berasa hairan kerana sehingga kini Dinasti Lim tidak pernah menyatakan pendirian rasmi.

Lebih menghairankan mereka apabila dalam kalangan ahli DAP pula mendakwa Dinasti Lim tidak pernah bersetuju dengan hasrat Pas itu.

Apatah lagi ketika ini kesemua 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak.

Adakah Dinasti Lim tidak bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada partinya sendiri?

Perkara ini mencetuskan tanda tanya besar mengenai kejujuran Guan Eng dan Kit Siang terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimana mungkin dua pemimpin utama parti itu boleh didakwa bersetuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud tetapi dalam masa sama tidak menghalang hasrat 38 Ahli Parlimen partinya menentang di Parlimen kelak? Siapa yang sedang dipermainkan Guan Eng dan Kit Siang ketika ini?

Ahli-ahli Pas dan DAP berhak bertanya perkara ini kerana Dinasti Lim tidak boleh bersetuju dalam dua perkara yang jelas bertentangan.

Persoalannya, adakah Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian mereka. Jika berani, siapa yang mereka akan pilih untuk dikhianati?

1 comment:

Anonymous said...

Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa