Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 14, 2014

SELAGI ANWAR IBRAHIM TAK DISUMBAT KE PENJARA, SELAGI ITULAH SELURUH NEGARA DITIMPA BALA


1999, ketika riuh gelombang reformasi dan usaha menggulingkan kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir sama ada menerusi demonstrasi jalanan mahupun tekanan antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat dan PRU-10, beberapa musibah besar telah melanda Malaysia.

Antara yang paling diingati sudah tentulah putusnya bekalan elektrik selama 48 jam yang kemudian atas kuasanya selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mencadangkan kewujudan IPP yang kesemuanya dimiliki oleh kroninya. Kemudian, menjelang 1998, berlaku kemarau dahsyat di seluruh Malaysia sehingga mengeringkan air di takungan dan empangan  menyebabkan catuan air secara besar-besaran terpaksa dilakukan. 

Tidak cukup dengan itu, jerebu yang tebal juga melanda Malaysia sehinggakan banyak penerbangan terpaksa membatalkan pendaratan atau penerbangan.

Barangkali asbab daripada kemelut ekonomi dan kewangan yang juga dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya menekan Tun Dr. Mahathir agar segera melepaskan jawatan Perdana Menteri kepadanya, menjadi pemangkin kepada perubahan besar. 
Anwar Ibrahim kemudiannya gagal menyanggah bukti serta fakta yang dibentangkan di Mahkamah Tinggi bersabit tuduhan melakukan hubungan luar tabie dengan bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar dan rasuah salahguna kuasa dalam usahanya menggunakan PDRM untuk menutup kes.

Azizan Abu Bakar kemudiannya kehilangan isterinya yang sarat mengandung dalam satu perlanggaran yang lebih mirip kepada cubaan membunuh selepas kes tersebut selesai dibicarakan.

Kesemua masalah, termasuklah kemelut ekonomi dan kewangan negara berakhir sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim memulakan hukuman penjara selama 14 tahun iaitu 6 tahun untuk rasuah salahguna kuasa dan 8 tahun untuk hukuman liwat. 

Anwar bagaimanapun, tidak menghabiskan baki 8 tahun penjara apabila Mahkamah Persekutuan membebaskannya pada tahun 2005 kerana ‘kesilapan teknikal’ walaupun ketiga-tiga Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat, liwat memang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar.

Nampaknya, selepas 15 tahun kemudian, perkara yang sama hampir berlaku. Ramai yang tidak menyedari, matawang Malaysia iaitu Ringgit sedang mengalami penurunan nilai. Anwar tidak bising-bising tetapi para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat menyuarakan kemarahan tentang ‘kealpaan’ Najib mengawal nilai Ringgit berbanding matawang lain. Anwar Ibrahim bagaimanapun, terlepas cakap ketika berkempen di Kajang sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan dia bersalah, kononnya jikalau dia terpilih sebagai wakil rakyat Kajang, dia akan menjadikan nilai RM1 sama dengan USD1.

Bagi mereka yang masih ingat, inilah janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1999. RM1 bersamaan dengan USD1 jikalau dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kecuali insiden kehilangan misteri pesawat MH370, lain-lain bencana semuanya tidak dapat dikawal oleh manusia. Jerebu tebal melanda Malaysia, khususnya di Semenanjung. Cuaca kering walaupun bukan kemarau telah menyebabkan catuan air, khususnya di Lembah Kelang telah dikuatkuasakan. Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari Barat sudah mula menyerang Malaysia dan Najib Abdul Razak menerusi kekuatan media.

Dan yang terbaru ialah penggunaan seorang bekas penjenayah yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh VVIP 1Malaysia, Ibrahim Mohd Zain untuk memalukan Malaysia di mata dunia. Anwar secara tidak sengaja telah membuat pengakuan bahawa dia yang membayar bomoh tersebut tetapi kemudian mempersoalkan, siapakah yang memberikan keizinan kepada bomoh tersebut untuk melakukan rituan karut di KLIA untuk menutup cerita dia mengupah bomoh berkenaan.

Tidak mustahil sekiranya Anwar akan menyalahkan portal terbabit kerana kononnya tersalah membuat laporan sebagaimana yang sering dilakukan sebelum ini apabila dia kantoi.

Namun yang sah, selagi Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke dalam penjara dengan secepat mungkin, selagi itulah, bala demi bala akan terus menimpa Malaysia.

Terbaru, siling lobi Hotel Concorde di Shah Alam pula runtuh walaupun tidak ada ribut, walaupun tidak ada hujan!--MYKMU

5 comments:

Anonymous said...

kata sorang pakcik ahlul PAS totok pda aku......jgn la kita menzalimi Anuar Ibrahim ni.....dia tu manusia anugerah tuhan.....ha..ha..ha..
segala musibah yg terjadi ni adalah kerana Najib menzaliminya.....
ha...ha...ha...

Anonymous said...

Dajal seekor ni tak mampus2 lagi dah rupa macam pengidap aids tu pun ada lagi yg sokong.

Anonymous said...

Selagi mereka ini dengar ceramah Ustaz sampah seperti Azhar Idrus selagi itu otak mereka tetap otak sampah kerana itu PANGLIMA DAJJAL dianggap sebagai anugerah Tuhan. Akhir zaman, ustaz penipu memang bersepah disana sini. Phenomena ini bukan saja diMalaysia tapi diselluruh dunia...agenda musuh2 ISlam unutk menyesatkan dan merosakan akidah umat ISlam.

Anonymous said...

Sepatutnya UMNO kena belajar Dari anuar Dajjal bagaimana nak perbodohkan penyokong dulu kini Dan selamanya.

Anonymous said...

Era paklah nuar di bebaskan..tukang antar pasport ada la menhantu paklah..paklah nak memaukan tun m dgn membebaskan juburi lebih awal.., paklah tetap bertanggungjawab masalah politik skg..era dia byk duruhanjaya meanaibkan pdrm, byk akat di pinda beri kelebihan pada penjenayah..yg mana penjenayah kerap di bela oleh pembela...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa