Kehilangan MH370 menyebabkan bumi seolah-olah berhenti berpusing dan manusia terkaku seketika. Kehilangan ini merupakan kes kemalangan udara yang paling misteri sehinggakan langsung tidak mempunyai sebarang petunjuk biarpun operasi pencarian sudah memasuki hari ke 6.
Bagaimanapun, dalam kita sedang terkaku itu, ada pihak yang pantas sekali bertindak balas dengan membuat berbagai spekulasi serta ulasan, iaitu media barat dan juga pembangkang Malaysia.
Kedua-dua pihak ini sejak dari awal berita diterima, tidak henti-henti menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti semua yang terlibat, iaitu kerajaan Malaysia, pihak MAS sehinggalah kepada juruterbang yang turut menjadi mangsa dalam insiden ini. Sekali imbas, mereka kelihatan seolah-olah ‘meraikan’ dan bukannya ‘mengangisi’ musibah yang berlaku.
Liputan media barat seolah-olah cuba menggambarkan sistem imigresen dan juga keselamatan di Malaysia sebagai teramat lemah. Dari situ, mereka menggunakan pendedahan mengenai 2 penumpang yang menggunakan passport curi, untuk melukis gambaran pengganas dipeta Malaysia.
Walhal, kes passport curi melepasi imigresen untuk menaiki pesawat di negara-negara Eropah dan Amerika sendiri, bukanlah perkara asing.
Perkara ini pernah didedahkan oleh Jamal Dajani di Huffington Post 5 Mac 2010, di mana 27 agen Mossad menggunakan passport curi untuk menjalankan operasi gelap mereka. Pendedahan ini berikutan pembunuhan komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh in Dubai pada 19 January 2010.
Dua lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut telah memasuki Amerika kemudiannya dengan menggunakan pasport Irish dan juga British yang palsu.
Kes ini, walaupun telah terdedah luas, tidak pula menarik perhatian media barat untuk memburukkan imej imigresen, syarikat penerbangan mahupun kerajaan negara terlibat.
Dalam kes kehilangan MH370, bagaimanapun, media asing membangkitkan perkara ini secara serentak dan tersusun dalam nada untuk memburukkan Malaysia.
TIME, The Guardian, CNN, Australian News, New Zealand News semuanya cuba menyusun cerita yang sama, iaitu kelemahan dan kemungkinan keganasan. Di celah-celah itu, diselitkan pula ‘kemarahan China’ atau ‘rungutan China’ terhadap Malaysia.
Media pro-pembangkang, seperti Malaysian Insider, Malaysiakini dan juga blog-blog peribadi pemimpin pembangkang juga memainkan rentak yang sama. Rata-rata mengutamakan ‘kelemahan’ Malaysia berbanding ‘nasib penumpang MH370’.
Persoalan mengenai ‘keganasan’ juga dibawa secara tidak langsung.
Biarpun pihak penyiasat kemalangan udara dan pasukan penyelamat antarabangsa memuji tindakan professional Malaysia serta beberapa kali memetik pengiktirafan terhadap MAS sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap, selamat dan professional, namun segala pujian tersebut tidak diberi perhatian oleh pembangkang dan media asing.
Mereka jelas lebih berminat untuk memburukkan Malaysia.
Pembangkang telah diketahui mempunyai jaringan dengan tangan asing melalui NGO-NGO yang memakai nama ‘hak asasi’, antaranya BERSIH dan SUARAM. Berdasarkan hakikat ini, maka satu persoalan yang timbul ialah apakah sebenarnya peranan pembangkang dalam tragedi kehilangan MH370?
Persoalan yang sama pernah ditanya ketika insiden Lahad Datu, di mana pembangkang menggunakan strategi yang sama. Ketika insiden Lahad Datu, pembangkang juga meletakkan ‘kelemahan kerajaan’ mengatasi ‘nyawa rakyat’ dalam ulasan dan liputan media mereka. Namun, akhirnya pendedahan dari pihak risikan Filipina mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang sendiri dalam insiden tersebut.
Justeru, apakah salah jika kita bertanya sama ada kehilangan MH370 turut merupakan ‘modal politik’ pembangkang semata-mata?
Perjuangan pembangkang selama ini memperlihatkan usaha berterusan untuk menarik campurtangan asing dalam percaturan politik mahupun undang-undang negara. Ketika Anwar mula-mula ke penjara dalam kes liwat 1998, beliau mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan zionisnya di barat.
Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menekan Malaysia agar membebaskan Anwar. Sokongan barat terhadap Anwar tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Malah, Anwar sendiri merujuk kepada beberapa ‘tokoh Zionis’ seperti Wolfowitz dan AlGore sebagai ‘sahabat’.
Sejak itu, Anwar a.k.a pembangkang tidak jemu-jemu atau segan silu terus mencuba menjemput campurtangan asing.
Apabila kalah dalam PRU-13, berkali-kali pembangkang cuba menjemput Australia untuk masuk campur. Nama negara ini diburukkan semahu-mahunya bagi memperlihatkan keadaan yang teramat buruk sebagai alasan memerlukan ‘bantuan’ asing.
Hari ini, kehilangan MH370 telah menunaikan hajat pembangkang untuk mengheret negara asing, terutamanya Amerika, untuk campurtangan. Walaupun Amerika di sini untuk membantu, tetapi kemasukan mereka ke sini bersama dengan aset perisikan keselamatan serta mendapat pula capaian kepada aset keselamatan kita, tidak seharusnya diambil mudah.
Atas alasan operasi ‘mencari dan menyelamat’, Amerika pasti mampu mendapat maklumat penuh secara terperinci mengenai semua aspek keselamatan dan pertahanan negara. Bayangkan jika Amerika mengesahkan yang kehilangan MH370 adalah akibat keganasan, maka pastinya mereka akan mendesak kepada capaian yang lebih tinggi dalam segala aspek keselamatan negara.
Kita pasti, kerajaan tidak akan membenarkan semua ini berlaku. Namun, dengan kecanggihan peralatan yang dimiliki oleh Amerika, apakah kita pasti yang mereka memerlukan kebenaran?
Mungkinkah ini menjelaskan kenapa pembangkang begitu beria-ia menyahut kritikan media asing terhadap negara ini? Mungkinkah pembangkang sedang membantu kuasa asing untuk mencapai apa jua objektif mereka di rantau ini?
Mungkinkah pembangkang begitu khianat sekali?
Melihat dari sikap pembangkang yang tidak punya patriotisme dan sering memburukkan negara, ditambah pula dengan laporan risikan Filipina mengenai Lahad Datu, maka apa yang boleh kita katakan ialah segalanya mungkin.
Ketamakan kuasa dan wang memungkinkan manusia rakus untuk berbuat apa saja. Dan siapakah yang paling rakus di dalam Malaysia sehinggakan depan belakang, lelaki wanita, semuanya sama saja?
Apapun, kita tidak boleh menghentikan pencarian MH370 dan terpaksa menanggung segala risiko yang datang bersamanya.
Doa kita kepada penumpang dan krew agar selamat hendaknya. Doa kita juga kepada Malaysia agar kedaulatannya terus terpelihara.
1 comment:
Bah. Pertama:
Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ kampung kat pendalaman dan kwsn. Pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!
Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu?!)! Maka bukti mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Bart-Zionis ini!
Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)
Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Post a Comment