Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 12, 2014

ZAHID HAMIDI TERTIDUR SEMASA BERTUGAS!!!


Portal pro-pembangkang Malaysia Insider semalam melaporkan bahawa Taib Mahmud, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) Sarawak, telah menasihati sesiapa pun yang bakal menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Insider

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Syukri ketika dihubungi petang tadi menafikan sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut. Beliau yang turut hadir di dalam perjumpaan tersebut berkata, Ketua Menteri langsung tidak pernah berkata seperti yang laporan tersebut.

“Mana ada CM (Ketua Menteri) berkata macam itu. Beliau tidak pernah bercakap sedemikian malah amat menghargai hubungan dan kerjasama baik yang terjalin antara persekutuan dan kerajaan negeri”, katanya.

Menurutnya lagi, artikel yang dikeluarkan itu jelas mempunyai niat jahat yang sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Mungkin atas alasan tersebut, Jabatan Penerangan Sarawak semalam telah mengeluarkan makluman kepada semua pihak media agar tidak membuat liputan terhadap mana-mana program yang melibatkan Ketua Menteri.

Ia mungkin bertujuan bagi mengelakkan sebarang percubaan pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mengambil kesempatan dengan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini diarah oleh Pejabat Ketua Menteri untuk memohon kerjasama supaya tidak menghantar wartawan, jurufoto dan jurukamera pada sebarang masa untuk membuat liputan ke atas ketua menteri tanpa sebarang makluman,” katanya menerusi kenyataan kepada semua media, hari ini (semalam).

Sebelum ini MYKMU telah menggesa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan ke atas Malaysia Insider berikutan laporannya portal itu yang boleh menimbulkan persengketaan antara Islam dan Kristian dalam dua ulasan sebelum ini:

Portal Malaysia Insider Kata Bukan Islam Boleh Derhaka Kepada Agong; Apa Macam Peguam Negara?
Portal pro- Pakatan Rakyat, Malaysian Insider hari ini menyarankan orang bukan Islam boleh menderhaka dan ingkar titah perintah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan … 
Malaysia Insider Terus Serang Islam, Zahid Jangan Tidur 
Selepas menyatakan orang bukan Islam tidak perlu akur kepada titah perintah DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Agong pagi tadi, Malaysia Insider muncul lagi petang ini …

Namun Zahid enggan mengulas isu ini bila diasak oleh pemberita beberapa hari selepas itu.
Kes Malaysia Insider: Zahid Serah Kepada Peguam Negara dan Polis 
Putrajaya — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi memaklumkan bahawa isu tindak-tanduk Malaysia Insider menghina Yang Di Pertuan Agong dan Islam …
Persoalannya, sampai bila Malaysia Insider dibenarkan bersikap adu domba antara kaum dan agama di negara ini?--MYKMU

  

7 comments:

Anonymous said...

Mata dah kena korek masih biarkan MI berluluasa.

Siapa yg suka tidur disiang hari.

Anonymous said...

Ku fikir Zahid ni teror bin berani,tapi sama macam boss dia Najib..
Gua salute masa Mahathir jadi KDN dulu..Kit Siang, Guan Eng, semua kena cekup....

Ms Pearl said...

LIKE I SAID....
mengaum saja kuat.....itu pun permulaan perlumbaan belum pun sampai tengah perlumbaan dan senyap enjin...takde mengaum dah yang tinggal meow......poor us the people who voted for them

Anonymous said...

Ajar aja meka di PRK kajang..abis cite....sudah meluat dgn puak yg play safe...perasaan rakyat tak pernah di ambil tahu..yg meka tahu nak undi..bila dapat undi lain pulak peranagai meka, betul kangkong sama dgn boss meka..no ball..

Anonymous said...

Ini harimau yg tak ada gigi

Anonymous said...

lu orang apa bising gua dah dapat n presiden sudah lah....

tunggu pau nantilah baru gua bertindak.....lu orang melayu suma bodoh sebab sokong gua....

Anonymous said...

Alah Zaid ngan Najib sama je. Dua2 lembik. Dah menang jawatan,masing masuk bawah kain bini. Cina maki hamun melayu,maki hamun islam langsung tak ambik pot. Yg penting wayang mau kuat sikit dekat2 nak bertanding nnt. Haprak punya menteri kdn,haprak punya PM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa