Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, February 06, 2014

VIDEO TERASA KOK:KOMUNIS PASTI AKAN MATI AKHIRNYA


Bila Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memuat naik klip videonya di ruang siber pada 27 Januari 2014 lalu, apakah niatnya yang sebenar? Walaupun soalan ini sukar dijawab dengan tepat (kerana niat adalah sesuatu yang bersifat subjektif), jawapan itu boleh menyelesaikan isu pokok – iaitu apakah video klip hampir 12 minit itu suatu satire (sindiran) yang dibenarkan undang-undang atau suatu kebiadaban yang menyalahi undang-undang negara?

Mengikut Teresa, klip video bertajuk “Onedeful Malaysia CNY 2014” itu (boleh dilihat di portal http://www.youtube.com/watch?v=JtsRcId70bk) hanya satu jenaka yang ditujukan kepada rakyat negara ini yang berbahasa Mandarin dan Kantonis.

Teresa menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa videonya itu menyentuh isu-isu sensitif atau menghina orang Melayu.

“Menuduh saya menghina orang Melayu adalah mengarut” (To accuse me of insulting Malayis is absurd), katanya. Sewaktu menjawab soalan wartawan Astro Awani pada Sabtu lalu (1 Februari 2014) Teresa menegaskan bahawa video itu hanyalah satu satire.


“Kita hanya nak berseronok untuk Tahun Baru Cina. Setiap tahun saya muatnaik satu video satire yang menarik dan menghiburkan. Penonton saya adalah kebanyakannya orang Cina dan ini semua hanyalah untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Anda lihat banyak program feng shui menjelang Tahun Baru Cina. Video ini berasaskan tema itu dan hanyalah satu jenaka, satu satire politik. Saya tak nampak ada apa-apa yang salah”, jawab Teresa.

Menegaskan bahawa klip video itu adalah dalam bahasa Mandarin dan Kantonis, dan orang yang tidak fasih bahasa itu tidak akan memahaminya, Teresa menambah “Ia bertujuan untuk buat orang ketawa.”

Perdana Menteri

Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa klip videonya itu menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Teresa menjawab tuduhan itu tidak berasas.

Dia juga menolak sebarang anggapan bahawa klip videonya itu merujuk kepada mana-mana figura politik tertentu. Kenyataan rasmi setelah diserang pelbagai pihak, Teresa Kok memuat naik kenyataan rasminya dalam laman Faceboooknya pada 3 Februari lalu.

Di bawah ini, saya nyatakan sebahagian dari kenyataan rasmi beliau itu (boleh dibaca sepenuhnya di https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim)- Menafikan tuduhan bahawa dia ada memfitnah Perdana Menteri, Teresa menyatakan – “Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya. Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini?...”

Menafikan tuduhan bahawa klip video itu menyentuh isu kaum dan merendahkan martabat orang Melayu, Teresa menyatakan – “Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah TUDUHAN PALSU.

Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (马来) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah” (犀利啊)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”.

Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu…” Teresa turut menegaskan bahawa klip videonya itu hanyalah satu “satire politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.”

Ahli Parlimen Seputeh itu juga menyatakan bahawa – “Satire politik merupakan humour yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita…”

Polis jalankan siasatan Pada Ahad lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dipetik sebagai berkata bahawa Polis akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada klip video Teresa itu mengandungi unsur fitnah, hasutan atau sebaliknya. Beliau menambah walaupun rakyat menikmati kebebasan bersuara, mereka perlu mengelak daripada menimbulkan isu-isu berbaur fitnah atau hasutan supaya masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup secara aman. Undang-undang satire Satire adalah sejenis karya mengandungi ironi dan sindiran (irony or sarcasam), parodi (parody) dan dwi-makna (double meaning).

Satire boleh ditemui dalam sastera, lakonan, komentari, siaran televisyen dan lirik lagu. Penulis dan kartunis menggunakan satire untuk mendedahkan kebodohan dan mengkritik kejahatan pihak-pihak tertentu yang dijadikan sasaran satire itu.

Tujuan asal satire adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Lazimnya watak rekaan digunakan untuk memfokus kepada pihak-pihak tertentu. Sasaran satire mungkin individu tertentu, kumpulan tertentu atau pun seluruh dunia.

Niat penulis atau kartunis yang menggunakan satire itu adalah semoga sasarannya sedar diri atau insaf dan segera memperbaiki dirinya. Soal yang sering ditanya apakah satire boleh menyalahi undang-undang? Jawabnya ya dan tidak.

Niat jahat

Jika ia keterlaluan atau menganduni niat jahat (malice), individu atau kumpulan yang menjadi sasaran satire itu boleh bertindak memfailkan tindakan fitnah (defamation) terhadap pihak berkenaan. Pada tahun 2008 lalu, artis terkenal Elton John (plaintif) telah menjadi sasaran satire yang disiarkan oleh akhbar The Guardian milik Guardian News & Media Limited (defendan) .

Terkilan dengan siaran itu, Elton telah memfailkan tindakan fitnah terhadap akhbar berkenaan. Semasa kes didengar, peguam Elton menghujah bahawa walaupun dia akui tulisan itu berunsur jenaka, ia adalah satu serangan terhadap anak guamnya.

Peguam defendan pula menghujah bahawa apa yang didakwa oleh Elton itu (iaitu ia “satu serangan”) tidak akan terlintas dalam fikiran seorang seorang pembaca yang berfikiran waras (a reasonable reader) ketika membaca apa yang disiarkan dalam akhbar itu, yang hanya satu cuitan (teasing).

Menerima hujah peguam defendan, Hakim bicara memutuskan bahawa perkataan-perkataan yang dipertikai oleh plaintif itu mustahil akan difahami oleh seorang pembaca The Guardian yang waras fikiran ada mengandungi dakwaan yang serius seperti yang dinyatakan oleh plaintif dalam tuntutannya.

Tuntutan plaintif telah ditolak. Dalam satu kes lain sebelum itu di New Zealand, William Massey v New Zealand Times (1911) mahkamah berdepan dengan soalan apakah jenaka dan satire boleh menjadi satu fitnah?

Mengikut mahkamah, walaupun satu kenyataan itu berbentuk jenaka (dressed up as a joke), ia masih boleh menjadi fitnah jika sasaran jenaka itu dihina secara melampau. Segalanya bergantung kepada fakta kes dan niat orang yang menyiarkan satire tersebut.

Dalam kes ini, juri berpendapat apa yang disiarkan dalam akhbar milik defendan itu adalah satu kartun politik semata-mata dan bukan fitnah (a political cartoon pure and simple). Tuntutan plaintif telah ditolak.

Dalam kes klip video ciptaan Teresa Kok ini, Ahli Parlimen itu mendakwa ia hanyalah satu gurauan belaka sempena sambutan Tahun Baru Cina. Jika kita pinjam kata-kata mahkamah di New Zealand itu, klip video ini telah di “dressed up as a joke”.

Pada hemat saya, apa yang lebih penting, seperti kita lihat dalam kes Elton John di atas tadi, adalah apakah tanggapan dan perasaan yang melintas dalam fikiran seorang yang berfikiran waras (reasonable viewer) bila menonton klip video itu?

Apakah seorang reasonable viewer akan merasakan klip video itu telah memfitnah individu tertentu, menghina kaum tertentu atau memperlekeh status keselamatan negara ini? Teresa Kok adalah seorang Ahli Parlimen, yang nyata bijak bercakap dan berani bersuara.

Soalnya apakah dia juga bijak berjenaka, serta berhemah bila berseloka? Pengamal satire tidak kebal undang-undang

2 comments:

usin said...

teresa kok perlu rasional dalam menjawab dan mencari hujah bagi 'menghalalkan' satire politik karyanya. jangan kerana sudah terperangkap, maka malai sii (melayu mati) boleh bertukar kepada ma lai sii (kuda hebat datang). penutur mandarin dan kantonis juga faham apa maksud sebenar perkataan tersebut. adakah lontaran ayat "hoi teresa kok babi, jangan hina Islam dan melayu" boleh diterima sebagai satire? kalau aku yg menulis atau penuturkan ayat tersebut, aku akan mati-matian berkata itu hanya satire. macam kamu juga teresa, banyak songel ya amat.

Anonymous said...

Cock underestimate everything. Jgn Melayu UMNO je yg kisah. Tetapi melayu pakatan sama2 kisah. Pemimpian atas tidak cakap apa2. Tpi ramai orang melayu pakatan pn terasa atas video tu. Igt dia cerdik, dgn certificate berbagai. Tpi realiti, really2 immature and stupid. Akal pendek. Is this the kind of DAPs MP. No qualitiy at all. I rasa... please2 la anybody from DAP....ambil dia buat perempuan simpanan. Mungkin sbb lambat kawin kot....tu psl jadi cmtu. U know what...that is not funny. OK. Sengaja cari pasal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa