Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 11, 2014

TOK DERIS AJAK ORANG SAKIT DATANG MELAKA


Semua orang tahu Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dan sumber negerinya amat terhad.

Untuk jana pendapatan, seorang pemimpin negeri ini perlu bijik. Pemimpin negeri ini juga perlu guna sumber sedia ada bagi memastikan sumber ini terus menjadi pendapatan yang berterusan.

Pemimpin terdahulu, Tok Ali telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menaik taraf seluruh negeri bagi tujuan perlancongan. Hasilnya, hari ini Melaka adalah destinasi perlancongan terkemuka di dunia.

Sebut sahaja Melaka, orang luar pasti akan sebut Kota A'Farmosa, Bukit St Paul, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari dan pelbagai lagi produk pelancongan yang pasti akan menarik minat mereka untuk ke negeri ini. Bukan sahaja pelancongan tempatan malahan dari luar negara pun pasti akan ke mari untuk melihat sendiri apa yang ada tersedia di Melaka.

Dengan infra yang tersedia, keputusan kerajaan Melaka untuk fokus kepada perlancongan perubatan wajar disambut baik. Hospital swasta yang bilangan semakin meningkat memperlihatkan bahawa pelabur di bidang ini telah memilih lokasi yang baik untuk mereka menjalankan perniagaan mereka.

Bukan sesuatu yang baru untuk orang Melaka melihat hospital swasta di negeri sering dipenuhi oleh pesakit dari Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, China dan sekitar negara Asia. Beberapa faktor penting menyebabkan orang luar negara datang berubat di Melaka.

Faktor utama mereka ke mari adalah khidmat yang disediakan oleh hospital swasta ini. Doktor yang terbaik dalam bidangnya dan pemantauan pihak kerajaan negeri, hospital swasta di Melaka amat patuh dengan garis panduan dan tahap layanan mereka terhadap pesakit sentiasa di tahap yang paling tinggi.

Lokasi negeri ini yang mudah didatangi oleh pesakit negeri jiran juga menjadi faktor kuat mereka ke mari. Jika dari Indonesia, jika tidak menaiki pesawat, jalan laut boleh menjadi pilihan. Jika dari Singapura mahupun Thailand, Lebuhraya Utara Selatan sudah tersedia sejak lama dahulu.

Kadar tukaran wang mungkin bukan faktor utama mereka ke sini namun hal ini boleh diambil kira. Keluarga pesakit mungkin tidak perlu keluar belanja terlalu tinggi sepanjang mereka berada di Melaka. Taraf hidup di sini tidaklah terlalu tinggi jika mahu dibandingkan dengan kota besar yang lain.

Selain dari menjalani rawatan, keluarga dan juga mungkin pesakit itu sendiri boleh jalan sekeliling bandar Melaka menaik beca dan melawat sekitar sepanjang keberadaan mereka di sini.

Bukankah perlancongan perubatan ini secara tidak langsung merancakan juga industri teras negeri ini. Setiap seorang pesakit yang datang bukan sahaja memberikan pulangan kepada hospital, malah mampu menjana pendapatan pengayuh beca, pemandu teksi, bas Panorama, peniaga dan siapa sahaja yang mampu menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang masuk ke negeri ini.

Hasrat Tok Deris ini wajib disokong dan kerjasama seluruh warga Melaka pasti akan menjayakannya. Syabas Tok Deris.

Aku juga berharap agar dalam masa yang sama, Tok Deris dapat pastikan kualiti Hospital Besar Melaka setiasa dipantau dan dalam keadaan yang terbaik untuk rakyat negeri yang tercinta ini.

JPX


2 comments:

Anonymous said...

setuju dengan cadangan ini. ekonomi melaka pun boleh bangun dengan perlaksanaan ini.

Anonymous said...

datuk idris tolong pantau hospital melaka juga. dengar cerita doktor tak cukup sebab itu kena tunggu lama untuk dapa rawatan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa