Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 19, 2014

SULTAN SELANGOR LARANG KERABATNYA SOKONG PELIWAT


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda juga berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.

“Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli kerabat diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli kerabat diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.

“Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Muhamad Munir berkata baginda sultan turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas. – [Bernama, 18, Februari, 2014]

Kenyataan itu tidak menyebut secara langsung kerabat terbabit.

Bagaimanapun, Suara Keadilan keluaran 11 Februari lepas memuatkan gambar Anwar bersama seorang kerabat istana Selangor di muka depan akhbar PKR itu.

Titah itu dikeluarkan bagi mengelak persepsi rakyat mengenai penglibatan istana dalam arena politik yang tidak harus berlaku dan perlu dielakkan.

Menurut Munir dalam kenyataannya lagi, istana akan kekal sebagai institusi bebas seperti tertakluk bawah undang-undang tubuh negeri.

3 comments:

Anonymous said...

Sultan pun takut, baikla aku kat Johor.

Anonymous said...

SULTAN SELANGOR LARANG KERABATNYA SOKONG PELIWAT....mana ada SULTAN cakap mcm tajuk tu....

Anonymous said...

SULTAN SELANGOR LARANG KERABATNYA SOKONG PELIWAT..............Kat mana dlm berita tu yg kata mcm tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa