Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, February 01, 2014

PAS TERUS JADI MANGSA DIPERBODOHKAN PKR


KEPIMPINAN Pas di semua peringkat ketika ini menunjukkan keberanian luar biasa apabila mengkritik hebat wayang politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor ekoran peletakan jawatan Lim Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Apa yang tidak boleh diterima oleh Pas ialah tindakan itu dilakukan tanpa berbincang dengan parti tersebut dan dibuat atas tujuan politik semata-mata demi memberi laluan kepada PKR menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR itu haram dan telah mengkhianati amanah serta memudaratkan rakyat.

Dewan Pemuda Pas pula memberi amaran akan memboikot pilihan raya kecil tersebut jika Chin Cheh gagal memberi penjelasan munasabah. Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd.Nor Hamzah turut menganggap PKR melakukan pengkhianatan terhadap rakan pakatan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Norazli Musa pula mengaitkan tindakan PKR tidak berbincang dengan Pas terlebih dahulu seperti pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad SAW yang berlaku di belakang tabir.

Beliau mengimbas kembali bagaimana peperangan Bani Nadhir, perang Ahzab, perang Bani Quzaizah dan perang Khaibar tercetus kerana pengkhianatan oleh Yahudi.

Apa yang menjadi persoalan sejauhmanakah Pas akan bertegas kali ini supaya maruah mereka sebagai sebuah parti Islam tidak terus diperkotak-katikkan dan dipandang remeh oleh PKR.

Ia memandangkan, sebelum ini Pas berbesar hati menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR biarpun dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, rakyat Selangor dengan begitu jelas telah memberi sokongan padu kepada Pas apabila berbanding 2008 parti itu hanya memperolehi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi meningkat sehingga 15 kerusi kali ini. Sementara PKR pula berkurangan satu kerusi berbanding 2008 kerana memperolehi 14 kerusi pada pilihan raya tahun ini.

Bagaimanapun PKR seperti biasa tidak pernah menghormati Pas yang bersedia menerima pelbagai kecaman kerana mengadakan tahaluf siyasi dengan parti tersebut dan DAP.

Justeru, apakah penentangan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pas itu bersifat sementara atau hanya dilakukan oleh golongan tertentu sahaja dalam parti tersebut.

Ia memandangkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sudah menggesa anggota parti itu supaya patuh kepada keputusan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Kajang. Semua orang amat memahami betapa kuatnya pengaruh Anwar dalam kalangan sesetengah pemimpin Pas dan mereka ini pula memegang jawatan strategik dalam parti tersebut.

Bagaimanapun ini tidak bermakna pemimpin dan ahli Pas harus tunduk dengan misi memenuhi impian Anwar yang mahu menjadikan Kajang sebagai 'menara tinjau' jalan ke Putrajaya, setelah gagal berbuat demikian sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mereka perlu faham maruah Pas kini dicabar sekali lagi, mereka sepatutnya tidak membiarkan PKR terus dominan dalam pakatan pembangkang bersama DAP sedangkan kedua-dua parti itu amat bergantung kepada Pas untuk meraih sokongan orang Melayu.

Oleh itu, dalam kes di Selangor, Pas perlu menuntut kembali haknya menduduki kerusi menteri besar memandangkan PKR telah mungkir janji apabila mahu menyingkirkan Abdul Khalid. Sebelum ini, Pas menyatakan persetujuan kerusi itu dikekalkan kepada PKR kerana mahukan Abdul Khalid tetapi sekarang situasi sudah berubah.

Lagipun sejak awal lagi, penganalisis politik berpendapat Pas sepatutnya tidak beralah di Selangor kerana jika dibiarkan jawatan dimiliki oleh calon PKR, maka pentadbiran kerajaan negeri menjadi tidak stabil gara-gara perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pas juga diingatkan agar menjadi king maker di Selangor untuk mengelakkan perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin melarat sehingga mungkin boleh melemahkan perjalanan pentadbiran negeri itu.

Sekarang apa yang diramalkan sudah menjadi kenyataan. Pentadbiran kerajaan negeri menjadi 'mangsa' wayang dan perbalahan politik PKR. Apa yang lebih malang, ia akan turut menyeret Pas untuk bersekongkol bagi menyokong keputusan PKR mengadakan satu pilihan raya kecil.

Apa yang dibimbangkan, gegaran bantahan pemimpin Pas sama ada di Pusat mahupun di Selangor hanya sementara. Ia kerana semua pihak amat memahami politik 'pak turut' Pas dalam pakatan pembangkang.

Beberapa isu yang tercetus sebelum ini sudah menjadi bukti bagaimana Pas tidaklah setegas mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP, apatah lagi melibatkan Anwar yang menjadi harapan pembangkang untuk membawa mereka mencapai impian menguasai Putrajaya.

Kemelut politik PKR di Selangor sepatutnya menjadi medan terbaik untuk Pas memperbetulkan keadaan jika mereka berjuang atas nama kebenaran dan menolak perbuatan haram yang dilakukan oleh PKR.

Sudah cukup selama ini, imej Pas tercalar gara-gara mainan politik tidak berkesudahan PKR dan DAP. Di Selangor, Pas bukannya berada dalam kedudukan seperti di Parlimen iaitu mempunyai kerusi yang kurang berbanding PKR dan DAP, sebaliknya kerusi Pas lebih banyak daripada PKR dan sama banyak dengan DAP.

Oleh itu sudah tentulah Pas mempunyai kuasa dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam membuat penentuan siapa paling layak menjadi Menteri Besar Selangor. Pas tidak boleh bertolak ansur lagi.

Diharapkan Pas bertegas dengan menolak politik tidak bermaruah PKR bersesuaian dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razalia-Takiri bahawa:

''Melibatkan diri dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap Pas. Tidak sewajarnya ahli Pas membiarkan ia berlaku.''

4 comments:

Anonymous said...

Nama pun Pakatan haram, pada anwar parti pas adalah parti hingusan yang boleh dipijak-pijak bak kain buruk, lihat saja bab Kalimah Allah atas kebodohan president pas, ianya digadai, jadi APA lagi yang kita boleh harapkan pada pas?. perjuangan pas benar2 merugikan Islam Dan Melayu serta membuka ruang pada puak dap menghina Islam Dan oarang Melayu sesuka hati mereka.

Anonymous said...

Tak payah lah nak sibuk pasal pakatan haram punya wayang lantak pi lah dia tak terbalik ke terlingkup ke nak hidup ke mati lantaklah. Nak prk nanti mcm biasa mereka berpelukan dan salahkan umno dan media.....buang masa je

Anonymous said...

PAS mcm biasa...bodoh selamanya..
Hanya layak jd jurucakap DAP..

Anonymous said...

PAS memang bodo bertingkek tingkek...!!! hanya berani dgn UMNO jer.....PAS kena ingat, status mereka dlm PR umpama anjing belaan jer......menyalak dan bising sekejap...esok bila big brother berdehem....senyap la PAS.....terus pakat ramai ramai turun kajang....
ALLAH menghina PAS sampai sebegitu rupa.....itu pasal walau menang banyak kerusi, PAS tak dapat jadi MB...kelantan pulak, walau PAS memerintah, tak ada apa apa yg boleh di banggakan....belanjawan tahunan negeri asyik deficit setiap tahun,rakyat nya pulak terpaksa keluar mencari rezeki....BERKAT AJARAN TOK GURU la katakan...ptuiiihhhh!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa