Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, February 07, 2014

ORANG UMNO SAHAJA MAMPU BUAT UMNO TUMBANG


ENTAH dari mana punca, seakan ada kegilaan di kalangan sesetengah orang dalam UMNO dan BN kebelakangan ini yang mahu lihat Datuk Seri Najib Tun Razak ditumbangkan dan digantikan dengan entah sesiapa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Malah sudah ada yang cukup biol melontarkan persoalan siapa yang akan menggantikan Najib selepas ini, itu yang kelakar.  Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di dalam ’senarai menunggu’ itu pun tahu ini semua permainan politik dan tidak mahu terjerat di dalamnya.

Malangnya, dalam usaha nak menyakinkan rakyat bahawa usaha menumbangkan Najib ini memang berjalan, beberapa nama individu dikaitkan sebagai kepala yang kononnya menggerakkan usaha tersebut (menumbangkan Najib) sehingga menjejaskan imej individu berkenaan.  Antaranya Tun Mahathir Mohammad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir – merujuk kepada satu kenyataan media Mukhriz yang diputarbelitkan pembangkang.


Hakikatnya, tidak satu pun yang di atas adalah benar. Mahathir sendiri menafikan cadangan beberapa pihak bahawa beliau adalah ’mastermind’ di sebalik usaha untuk menjatuhkan Najib.  Benar, ’orang-orang’ Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zainudin Maidin dan beberapa lagi ada keluar kenyataan yang agak keras terhadap pentadbiran Najib, tapi itu tidak berkaitan dengan usaha menjatuhkan Najib yang dikaitkan dengan beliau.

Sementara Mukhriz pula baru-baru ini dilihat bergambar mesra dengan Najib ketika Perdana Menteri Malaysia itu bercuti di Pulau Langkawi, malah dikatakan Mukhriz pun turut ambil peluang bercuti bersama-sama dengan Najib!!

Situasi itu tidak langsung menunjukkan permusuhan antara mereka.  Orang politik ni kalau cuba sembunyi perbalahan memang ketara sangat, tutuplah macam mana rapat pun, tapi keadaan itu tidak pula kelihatan berlaku antara Najib dan Mukhriz tempoh hari.

Jadi penulis pelik, dari mana datangnya semua cerita rekaan yang mengatakan Najib akan ditumbangkan, bila tidak ada apa-apa indikasi yang menunjukkan ke arah itu?

Realitinya, jika ada Presiden UMNO atau pemimpin hampir setarafnya yang nak ditumbangkan, pasti sudah berlaku huru hara dalam parti mahupun pentadbiran kerajaan - terutama berkaitan ekonomi.  Cakap ini bukan sebarangan, tapi merujuk kepada beberapa peristiwa berkaitan yang berlaku di masa lampau dan tidak beberapa lama saja dulu.

Antaranya pengunduran Tunku Abdul Rahman (krisis kepercayaan selepas peristiwa 13 Mei) pada 1970, pertandingan jawatan Presiden 1987 (Mahathir menang dengan majoriti tipis 43 undi), krisis ekonomi 1997, pemecatan Anwar Ibrahim dan pengunduran Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009.

Penulis tidak melihat mana-mana satu dari keadaan tersebut berlaku pada masa sekarang.  Benar, BN kekurangan 7 kerusi Parlimen lagi dalam PRU13 berbanding tahun 2008 tapi UMNO itu sendiri bertambah kuat dengan menambah 9 kerusi Parlimen berbanding 2008, disamping BN berjaya merampas kembali Kedah dan mempertahankan Perak – semua ini berlaku dibawah kepimpinan Najib.

Lagipun pada 2008, BN menang 8 kerusi parlimen tanpa bertanding berbanding pada 2013 dimana semua 222 kerusi parlimen dipertandingkan.  Maka itu, dengan apa cara Najib harus tumbang atau ditumbangkan?

Nasihat penulis, hentikanlah benda yang tidak berfaedah ini.  Musuh politik kita yang sebenarnya ialah pembangkang, itu yang perlu diserang habis-habisan bukan buang masa dengan reka cipta pergolakan yang sebenarnya tidak ada.--ADAMYAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa