Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, February 10, 2014

MB KELANTAN DISERANG PENYOKONG PELIWAT


Lebih 50 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyerbu rumah kediaman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub berikutan tidak puas hati dengan penarikan balik jawatan Penyelian DUN Kuala Balah.

Kumpulan tersebut menggesa supaya Ahmad bersikap adil dengan mengembalikan jawatan tersebut kepada ahli PKR berikutan posisi tersebut telah diserahkan kepada penyokong PAS selepas Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Ahmad beritahu jawatan itu adalah hak PAS, sedangkan mengikut perjanjian Penyelia DUN Kuala Balah diberikan kepada PKR.

"Lagipun jika ia hak milik PAS kenapa kerajaan negeri melantik Ramlan sebagai Penyelia DUN selepas PRU13 lalu? Sepatutnya awal-awal lagi beliau tidak diberikan jawatan itu kepada PKR. Ini menyerlahkan pentadbiran kerajaan Kelantan bawah Ahmad agak lemah, tidak tersusun dan cakna," kata kumpulan tersebut.

Kumpulan yang berarak dengan 13 kereta itu turut menyifatkan jawapan yang diberikan pada pertemuan bersama Pesuruhjaya PAS Kelantan itu terlalu dangkal dan tidak menggambarkan kepimpinan teraju negeri.

Sementara itu, kumpulan tersebut turut mempersoalkan hubungan antara PAS dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan berterus-terang jika terdapat sebarang ketidakpuashatian sepanjang gabungan tersebut terjalin.

Katanya, PKR negeri terasa seperti dipermainkan dan ianya amat memalukan parti dan boleh menjejaskan hubungan PR yang lebih besar.--RakyatNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa