Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, February 21, 2014

BILA KETUA PUTERI MULA MENULIS


SATU PENULISAN YANG MENARIK...
MUDAH DIFAHAMI KALAU ANDA BENAR-BENAR MAHU FAHAM...
DENGAN PEMAHAMAN YANG BAIK...
ANDA AKAN SEDAR MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK...
 JPX

PENGUMUMAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan secara sukarela awal bulan ini berjaya mengalih seketika perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Di saat ini pakatan pembangkang merasakan mereka seolah-olah sudah berada di puncak hanya kerana propaganda politik yang dimainkan mendapat sambutan hangat di laman-laman sosial. Mereka merasakan inilah waktu yang sesuai untuk melakukan `korban politik’ demi kuasa melalui taktik lapuk yang tidak budiman. Tidak dapat dinafikan dengan hanya memutar-belit dan memonopoli sesuatu isu, rakyat yang sedang risau dan bimbang dengan keadaan semasa mudah menerima apa saja yang dimomokkan.

Lantas, khabar angin cepat saja tersebar melalui kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan walaupun hanya dengan sekeping gambar. Satu demi satu kebencian dicipta oleh pembangkang untuk menyemarakkan api amarah rakyat kepada kerajaan. 

Yang terbaharu, video Teresa Kok. Usaha menyemarakkan api perkauman menjadi salah satu dakyah pembangkang. Jika dibiarkan dan tidak ditangani segera, pasti menjadi nanah dan kudis di dalam masyarakat yang akhirnya akan mencetuskan porak-peranda. Begitulah hebatnya peranan media baharu yang menjadi wahana pembangkang untuk meraih sokongan dan simpati masyarakat.

Apa pula tindakan pihak kerajaan?

Rakyat tidak boleh disalahkan secara total kerana dari segi psikologi, orang yang sedang marah, emosinya sukar dijangka dan peratusan untuk berfikir secara logik juga makin berkurangan. Api jika disimbah minyak, yang kecil bisa menjadi marak.

Dalam hal ini, kebencian perlu dimenangi dengan kasih sayang. Jika kena caranya, kebencian boleh bertukar menjadi cinta.

Jika kita kaji sebelum ini, pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Sungai Limau dan beberapa tempat lagi, Barisan Nasional telah mengalami kekalahan demi kekalahan. 

Mengapa ini terjadi? Sudah tentulah kerana strategi. Justeru, jika sudah berulang kali strategi sama kita gunakan tetapi ternyata gagal mendapat sokongan, maka alternatif lain perlulah difikirkan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

Banting ucapan Tahun Baharu Cina oleh bekas ADUN Kajang yang memberi harapan kepada rakyat tetapi dikhianati dengan peletakan jawatan tanpa alasan munasabah.



Pada hemat saya, komunikasi adalah segala-galanya. Berkomunikasilah untuk mengelakkan salah faham. Berkomunikasilah untuk mengelakkan andaian. Jangan diam. Diam mungkin kerana untuk meredakan keadaan. Tetapi diam juga boleh mencetuskan kemarahan. Komunikasi pula perlulah dua hala. Mesti ada timbal balas daripada kedua-dua pihak tetapi dikawal oleh kebijaksanaan.

Kalau pihak sebelah sana memaki hina, jangan pula kita ikut rentak mereka.

Tak guna kita beria-ia bertekak di alam maya tetapi rakyat tetap benci, benci dan semakin benci. Di sinilah pentingnya `perhubungan awam’. Dengan ilmu perhubungan awam, maka kita akan menyedari kepentingan komunikasi dalam perhubungan, lebih-lebih lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Jika dulu pemimpin negara selalu dilihat bersifat eksklusif dan elitis, maka persepsi ini harus dibuang. Sebenarnya jika kita meletakkan diri di tempat rakyat, kita akan menyedari apa yang mereka mahukan ialah ‘hubungan langsung’ daripada para pemimpin.

Tidak rugi jika pemimpin bersikap merendah diri dan matang menjawab isu sensitif tanpa mengguris hati dan perasaan rakyat.

Saya amat tertarik dengan penerangan ringkas berkaitan kenaikan harga barangan dan isu BR1M oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu taklimat kepada kakitangan awam negeri yang dimuat naik di YouTube. 

Jelas, bersahaja, mudah difahami dan meyakinkan. Siapa kata wakil rakyat BN tidak cerdik? Cuma kurang mendapat hebahan akibat ditutup dek propaganda media sosial yang dimainkan oleh pihak pembangkang sehinggakan semua dasar kerajaan dan segala kebaikan untuk rakyat tidak sampai kepada golongan sasaran.

Semuanya lenyap dek komunikasi pihak kerajaan yang kurang efisien dan kecekapan putar belit pembangkang.

Justeru di PRK DUN Kajang kelak, komunikasi berkesan perlu difikirkan. Siapa pun calon yang bakal dipertaruhkan, BN perlu bangkit menyerang dan bukan setakat bertahan menangkis serangan. BN perlu bangkit. Semoga PRK DUN Kajang menjadi penanda aras dalam perjuangan BN mengembalikan maruah yang tercalar sekian lama. Ibarat kata, ‘kalau menang biar bergaya, jika kalah biar bermaruah’.


Oleh MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Penulis ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya....sye sndiri pn makin minat datuk hassan tu. MB Negeri sembilan. Dan makin muak dgn najib.

Anonymous said...

Sebenarnya....sye sndiri pn makin minat datuk hassan tu. MB Negeri sembilan. Dan makin muak dgn najib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa