Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, February 02, 2014

ANWAR IBRAHIM AKUI PKR ADA MASALAH


PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.

"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

ANWAR IBRAHIM RAJA PUTAR BELIT, MASAALAH DI SELANGOR TAK PAYAHLAH BALIK KE PERMATANG PAUH UNTUK TAGIH SIMPATI. 200 ORANG YANG HADIRI CERAMAH BELIAU DI PERMATANG PAUH PUN SAMA BANGANG MACAM BELIAU. TERHANGGUK HANGGUK MACAM ANGSA BILA DI KELENTONG OLEH RAJA BELIT..

Anonymous said...

Dah perangai si Nuar dan puak-puak dia, semua nya pembohong king. Yang TAK ADA di ADA-ADA KAN. Bila kantoi semua UMNO yang buat tuduhan. Rakan pakatan pun dia tipu dan dia pusing. Masalah UTAMA PKR ia lah Anuar sendiri yang mempunyai nafsu serakah yang luar biasa. Peliwat tegar dan mempunyai masalah nak masuk penjara Sg Buloh tak lama lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa