Sampai bila kita sanggup untuk terus biarkan Tuan Tanah Melayu ini terus diperlekehkan dan dipijak oleh DAP yang merupakan kaum pendatang yang asalnya dibawa ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah.
Ini merupakan hakikat , mereka tidak ada hak untuk menuduh bangsa Melayu yang telah mereka aniaya ini sebagai rasis.
Kita tidak perlu terlalu berkias dan memendam kebenaran semata-mata ingin menjaga hati bangsa Cina yang tidak pernah langsung peduli perasaan kita. Dalam keadaan mereka memerintah Selangor dan Pulau Pinang, bangsa Melayu dan India telah menjadi mangsa kekejaman mereka secara bersilih ganti.
DAP telah bertindak dengan kejam melalui kerajaan hegeri Selangor untuk merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.
Bangsa Melayu yang telah diperkudakan oleh DAP menjawab kononnya apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.
Kononnya ianya bukan melibatkan isu DAP yang menutup Giat Mara. Kononnya ianya berkaitan dengan masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara.
Kononnya itu hanya prosedur biasa. Namun tindakan angkuh dan sombong Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor yang telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta itu merupakan bukti betapa mereka telah lama menyimpan maksud untuk menindas dan memijak bangsa Melayu.
DAP seolah-olah mempunyai dendam peribadi terhadap MARA yang menjaga kepentingan bangsa Melayu. Sebelum ini Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan yang sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari pula. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.
Namun ianya tidak menjadi sebarang masalah kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kepentingan bangsa Melayu yang termaktub dalam perjanjian kontrak social pra kemerdekaan. Ini merupakan racun bagi DAP.
Oleh kerana itu, perkara pertama yang mereka lakukan apabila dapat merampas Selangor adalah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Geran yang dikeluarkan pula, sengaja diperam sehinggalah kepimpinan DAP dapat mencari masa dan peluang yang tepat untuk menindas bangsa Melayu.
Semua status TOL ditarik balik maka premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram. Nampaknya DAP telah lebih beranimenunjukkan belang mereka.
GiatMara menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing. DAP tidak akan membenarkan perkara ini berlaku selagi mereka berkuasa di Selangor.
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
Pusat latihan kemahiran itu sebenarnya telah menduduki tanah kerajaan negeri selama 20 tahun dan institusi itu penting untuk golongan remaja yang tercicir dalam akademik. Oleh itukita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita. Permohonan akan dibuat ke atas tanah yang diduduki oleh pusat GiatMara ini.
Walaubagaimanapun Pejabat Tanah dan Daerah Gombak juga dikatakan telah menghantar surat kepada pengurus Pusat GiatMara Selayang pada 2 Dis tahun lepas yang menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan. Tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lepas tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri atau lebih tepat DAP.
Kerajaan harus bertindak lebih tegas terhadap DAP yang bermaharajalela di Selangor. Kami rakyat Selangor benar-benar makan hati apabila pihak berkuasa bertindak terlalu lembut dan berhati-hati terhadap Paderi yang menyebelahi DAP. Beliau dengan terang melanggar dan menghina mahkamah dalam isu penggunaan Kalimah Allah.
Sekiranya perkara ini dilakukan oleh orang Melayu maka pihak berkuasa akan segera bertindak dan menghukum. Namun apabila salah laku ini dilakukan oleh pihak DAP Kristian , mereka ini seolah-olah dilindungi oleh “tangan ghaib” dalam kerajaan pula.
Dalam pada masa yang sama bangsa Melayu telah dipijak dan ditindas sesuka hati DAP. Kami mahukan kerajaan bertindak lebih telus dan adil. Kami yang mengundi Barisan Nasional, oleh itu pandanglah dan dengarlah pendapat kami. Jangan kerajaan lebih memberi “muka” kepada bangsa Cina yang tidak langsung mengundi Barisan Nasional.--KakChah
4 comments:
terimakasih kepda pengundi melayu yg mengundi pembangkang.....?bayangkan kalau mereka memerintah negara ini
itu baru sikit bagaimana dap sekolahkan melayu di selangor. masih ramai lagi melayu bodoh, melayu bongok, melayu tak sedar diri dan melayu lahabau di selangor perlu belajar. tunggulah bila dah dekat2 jadi bangsat, baru sedar agaknya.
Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar....renung-renungkanlah bangsa Melayu
Jangan marahkan nyamuk kelabu d bakar....renung-renungkanlah wahai bangsa melayu
Post a Comment