Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, January 09, 2014

PULAU PINANG AKAN JADI MILIK KEDAH TIDAK LAMA LAGI...


Pulau Pinang telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur pada tahun 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa dalam satu perjanjian yang penuh tipu muslihat apabila Francis Light menjanjikan Kedah akan dilindungi daripada serangan Siam dan Burma. Apabila Francis Light gagal membantu melindungi Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1790, Sultan Muhammad Jiwa cuba mengambil semula Pulau Pinang, tetapi gagal.

Kedah hanya dibayar 6,000 dolar Sepanyol setahun sebagai pajakan oleh Syarikat Hindia Timur. Bayaran ditambah menjadi 10,000 dolar Sepanyol setahun apabila Seberang Perai pula dipajak oleh Syarikat Hindia Timur. Bayaran tersebut diteruskan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kedah apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari British pada tahun 1957.

Dari segi sejarah, British telah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kawasan Penempatan Selat pada tahun 1826. Negeri Penempatan Selat atau Negeri-Negeri Selat yang lain adalah Melaka dan Singapura. Pulau Pinang menjadi negeri jajahan British sepenuhnya pada tahun 1867 manakala pada tahun 1946, Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Status negerinya telah diperolehi daripada British pada tahun 1948.

Antara ayat yang seringkali diulang-ulang kononnya Pulau Pinang tidak boleh dikembalikan kepada Kedah ialah, 'SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG'. Pihak berkenaan merujuk kepada bulan dan bintang secara fizikal di atas langit. Manakala pihak yang lain, merujuk kepada Islam di negeri Pulau Pinang yang dimetaforakan menerusi lambang bulan dan bintang. Dan satu lagi pihak menyatakan, ayat tersebut tidak wujud pun dalam perjanjian yang kini berada di Perpustakaan London.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

2 comments:

Anonymous said...

Bagus. lps ni Kedah pun di tawan oleh PKR

Anonymous said...

Janji Melayu pegang, sepet boleh blah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa