BAITULMAQDIS 11 Jan. - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun, menurut ahli keluarganya kepada Radio Tentera Israel.
Sharon koma sejak tahun 2006 akibat diserang angin ahmar.
Pegawai di Hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv minggu lalu memaklumkan, kesihatan pemimpin Yahudi itu semakin merosot sejak lapan tahun dirawat di situ, malah beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi. - AGENSI
1 comment:
tunggu respon sedih dari seorang pemimpin politik malaysia. ucap tahziah ka, apa ka. aku pulak, tahniah kerana mati jugak kau.
Post a Comment