Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 06, 2014

PAS DAN UMNO SEMAKIN HAMPIR BERSATU:DAP TAK SENANG DUDUK


ALHAMDULILAH...
INI MACAM LER BARU BAGUS...
POLITIK DAH TENTU LER MACAM TU...
INI SOAL AKIDAH JANGAN LER DIPOLITIKKAN...
SOAL AGAMA ORANG ISLAM KENA SEPAKAT...
TAK KIRA PARTI POLITIK...
BILA ISLAM KUAT, BARULAH KAFIR TAKUT...
GUNAKAN KUASA POLITIK UNTUK KUATKAN ISLAM...
LAGI BAIK...
SYABAS UMNO DAN PAS...
TERUSKAN SEPAKAT...
INSYALLAH ADA PENYATUAN...

JPX

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa parti-parti pembangkang bergabung dalam satu pakatan hanya berkaitan politik tetapi tidak di dalam urusan agama.

Justeru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat perlu melihat perkara itu dengan lebih jelas kerana apa jua yang diperjuangkan di dalam politik, sepatutnya juga melibatkan usaha mempertahankan agama.

Berikut kenyataan Noh yang dikeluarkan di sini hari ini:

1. UMNO Selangor melihat DAP Selangor sudah mula besar kepala apabila memberi cadangan untuk mengubah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Mereka melihat isu ini boleh menguntungkan mereka dari segi politik tanpa memikirkan impikasi daripada cadangan mereka itu.

2. DAP tidak berasa malu untuk mendesak pindaan tersebut kerana mereka memperjuangkan kepentingan agama bukan Islam di Selangor dan merasakan pakatan rakyat (PR) mempunyai suara majoriti di dalam dewan undangan negeri. Namun demikian jika 37 orang ADUN-ADUN Melayu di Selangor (BN-12, Pas-15 dan PKR-10) bersatu seperti kenyataan Harun (Taib) untuk mempertahankan kepentingan agama Islam, cadangan yang dibuat oleh DAP tidak akan dapat dilaksanakan.

3. UMNO Selangor melihat usaha yang dilakukan oleh DAP yang campur tangan dalam hal ehwal agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bagaimana mereka cuba menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal.

4. UMNO Selangor kesal dengan kenyataan Exco Agama Selangor, Salehen Mukhyi untuk mengadakan perjumpaan dengan Paderi Lawrence Andrew kerana sebagai seorang Exco Agama, beliau perlu tegas dan mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh JAIS. Soal siapa yang bersalah biar mahkamah yang menentukan.

Kenyataan beliau menunjukkan seolah-olah beliau tidak memahami erti kebebasan beragama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rakyat perlu faham Perkara 11 dalam Perlembagaan menyebut bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Perkara 11 (4) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

5. Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan pada tahun 1988 diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Perkara 11 (4) dan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai yang ditauliahkan untuk menyiasat dan menangkap tanpa waran mana-mana individu yang melanggar peruntukan di dalam enakmen tersebut.

6. Paderi Lawrence Andrew sebagai seorang Paderi dan Pengarang The Herald, beliau harus sensitif dan faham undang-undang beragama di Selangor. Jangan menggunakan alasan tidak memahami undang-undang sebagai satu alasan untuk melanggar undang-undang. Beliau seharusnya mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan isu kalimah Allah juga telah menjadi kes di mahkamah.

7. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu pihak berkuasa jangan sekali-kali tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Islam di negeri Selangor.

3 comments:

Anonymous said...

HEH HEH HEH...KHALID SAMAD SETUJU KAH ?
ORANG SHAH ALAM NAK TENGOK KHALID PUNYA TRUE COLOUR TENTANGISLAM........
LAYAK KAH DIA WAKILIISLAM ?

Anonymous said...

Pemimpin PAS klu bagi statement jgn pakai.. mereka boleh pusing 480 darjah..
Hari ni ckp lain esok lusa jumpa DAP ckp lain.. Harun Taib dan Harun Din setan2 bisu yg sengaja biar PAS jd alat kafir..
mereka nk tggu berlaku rusuhan Agama antara Melayu dan Melayu barulah mereka nk bercakap?

Maunfiklah pemimpin2 PAS!

Anonymous said...

Betul . KEDUA2 Haron ni memang chilakak...

PELIK la ulama PAS ni...tak ikhlas.. Ada ke perli Dap MASOK Islam..

Nabi saw suruh kita benar benar menyampai Dakwah bukan PERLI PERLI suruh masuk Islam..

SILA TENGOK bagaimana Ulama PAS KUFUR KEPADA perintah Nabi saw.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa