Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 28, 2014

PAS AKAN KELUAR DARI PAKATAN KERANA ANWAR IBRAHIM CUBA TIPU SULTAN SELANGOR???


Seperti yang kita semua sedia maklum, seorang bekas banduan dan peliwat telah dipilih oleh PKR untuk mewakili parti tersebut dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang, Selangor.

Walaupun SPR belum umum apa-apa pun tentang PRK, parti yang gelojoh ini dah kemaruk sasau siap umum calon mereka siang tadi. 

Ketamakan dan kegilaan untuk berkuasa menyebabkan Anwar Ibrahim segera menggerakan jenteranya dalam satu episod "persundalan" politik paling jijik sepanjang abad ini.

Episod ini bermula apabila ADUN Kajang dari PKR, meletak jawatan dan menyebabkan kerusi DUN itu kosong. 

Tindakan ADUN ini dikatakan adalah untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di dalam PRK DUN, sekaligus mencerahkan bekas banduan itu menjadi Menteri Besar Selangor.

Gerak kerja keji ini menyebabkan berlaku sedikit perselisihan faham antara kem Khalid Gagap dan Azmin Ali. 

PAS juga pada dasarnya tidak setuju dengan perbuatan keji ini dan mahu satu penjelasan yang munasabah dari PKR. PAS juga menegaskan akan tidak melibatkan diri dengan kempen PRK ini jika penjelasan PKR tidak releven. 

Beberapa pemimpin PAS dengan lantang dan jelas menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan perangai kem Anwar ini. Boleh baca >>>DI SINI<<< dan >>>DI SINI<<<

Sementara itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

Anwar Ibrahim sebenarnya tidak layak bertanding di DUN Selangor kerana dia bukan anak jati Selangor dan bukan penduduk Selangor. Namun itu bukan penghalang besar untuk dia mencapai cita-cita menjadi Menteri Besar setelah cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak diizinkan Allah. 


Anwar Ibrahim telah menukar kad pengenalannya sekaligus menukar alamatnya ke negeri Selangor untuk membolehkan dia bertanding di PRK Kajang nanti. Dia sanggup buat apa sahaja kerana dia dah terlalu gila untuk berkuasa.

Terbaru ini, dia pulak telah mencadangkan agar dia diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di PRK Kajang. Apa dia ini undang-undang, perlembagaan negara ini mak bapak dia buat untuk suka-suka hati dia buat suka-suka hati??? Videonya >>>DI SINI<<<

Apa yang dah merasuk Anwar Ibrahim sampai dia berperangai lebih teruk dari jembalang tanah???

Kenapa Anwar Ibrahim terlalu bersungguh mahu memegang tampuk kuasa???

Adakah Anwar Ibrahim sudah mula "dikejar" oleh pihak-pihak tertentu yang telah dijanjikan sesuatu olehnya jika dia berkuasa???

Adakah "deadline" yang diberikan oleh pihak itu sudah hampir tamat dan memaksa Anwar Ibrahim melakukan ini semua agar dia dapat memenuhi janji-janji kepada pihak tertentu itu.

Anwar telah gagal dalam beberapa siri percubaan menggulingkan kerajaan dan merampas kuasa untuk berkuasa di Malaysia. Dia telah gagal menjadi Perdana Menteri melalui demokrasi dan juga cara liar melalui demo haram di jalanan.

Anwar semakin tertekan dan kini segala yang berlaku adalah buktinya. Dia akan terus menggila selagi dia belum dapat kuasa yang dimahukan.

Rakan di dalam pakatan pembangkang juga sudah mula mual dan muak dengan karenah Anwar. PAS sudah mula keluar suara dan menggambarkan akan keluar dari pakatan jika Anwar Ibrahim dan DAP terus biadap tentang beberapa isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang.

Anwar patutnya lama dahulu ditinggalkan sendirian bersama ahli keluarganya yang ramai dalam PKR. Biarkan mereka anak beranak buat apa yang mereka mahu. PAS teruskan agenda parti mereka dan aku yakin PAS boleh pergi lebih jauh tanpa Anwar Ibrahim.

Jika PAS terus layan Anwar Ibrahim takut-takut PAS juga akan berkongsi lubang yang sama dengan dia di alam yang lagi satu nanti.

PRK Kajang adalah permulaan yang baik untuk mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim dan kembali menjadi PAS yang lebih mulia seperti sebelum mereka bersama PKR dan DAP.

JPX

4 comments:

Anonymous said...

KALAU Anwar Menang PRK Kajang, Kemungkinan KALAU Sultan berkenan Anwar jadi MB, tapi KALAU sultan tidak Berkenan siapa pula akan Jadi MB...? KALAU Anwar dapat jadi MB pun Bagus juga tidaklah SASAU berterusan GILA nak jadi PM...! KALAU Anwar kalah maka satu TAMPARAN buat PKR dan akan Kurang kerusi PKR ada peluang PAS pula jadi MB....KALAU..OH..KALAU...tunggu siapa jadi SASAU.

Anonymous said...

untuk PAS jdi lebih bersih..sila keluar PR. Jdilah diri sendiri. Ni kebnyakan keputusan PAS, PKR dan DAP control. Perangai PAS skrg pn dh x mcm dulu. Lagi melalut ade. Jika PAS keluar PR...blm cukup lagi....PAS kna bersihkn diri dulu dari pengaruh syiah dlm parti. Itu yg paling utama. Masih Sunnah Wal Jamaah, tpi sikap telah diserapi semangat syiah. SYa amat tidak faham sama sekali. Dlm ceramah PAS kt mane2, dimulai dgn puji2 kpd Allah, selawat ke atas nabi, pastu bnyk atau sikit...tetap diselitkn kata mengata, kutuk2 parti lawan dan terkdg fitnah pn ade. Ni yg berceramah para pak2 ustaz. Yg dgr tukang angguk je. Sdih bebeno.

Anonymous said...

Kalau nak pinggirkan bekas banduan yg sentiasa mencelarukan PR dan Negara, inilah masanya untuk tidak mengundi dia. Apakah orang Melayu PR di Selangor memang suka gadaikan Negeri kat orang lain, sekarang dah beri kuasa kpd Cinabeng dan la ni nak beri jawatan MB kpd Anuar, bukan kelahiran Selangor...tak ada koxe ke???

Anonymous said...


" Anwar Ibrahim telah menukar kad pengenalannya sekaligus menukar alamatnya ke negeri Selangor untuk membolehkan dia bertanding di PRK Kajang nanti. "
BAGAIMANA DENGAN ALAMAT DIPERMATANG PAUH, TIDAKKAH INI AKAN MEMBATALKAN PARLIMEN TERSEBUT...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa