Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 10, 2014

I.S.A AKAN DIKEMBALIKAN TIDAK LAMA LAGI


KUALA LUMPUR 10 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyokong dan mengalu-alukan kehadiran Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika undang-undang itu dikuatkuasakan semula.

Khalid dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, jika ISA dikembalikan, undang-undang itu pasti membantu meningkatkan penguatkuasaan polis dalam menjaga keselamatan awam.

"Tidak salah jika ISA dikembalikan dan saya menyokong jika usaha itu ada," katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, disini. - UTUSAN ONLINE

3 comments:

Anonymous said...

Sebagai seorang rakyat, pengundi dan pembayar cukai, saya sokong ISA dikembalikan. Sebaik baiknya, disegerakan.

Anonymous said...

amat baik kalau ISA dikuatkuasakan semula. Satu kesilapan semasa dihapuskan dahulu.

Anonymous said...

amat baik kalau ISA dikuatkuasakan semula. Satu kesilapan semasa dihapuskan dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa