Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 28, 2014

DEWAN PEMUDA PAS TIDAK AKAN SERTAI PRK KAJANG


SERIUSKAH INI???
BETUL KE DEWAN PEMUDA PAS TAK NAK JOIN PRK???
BERANIKAH MEREKA???
SAMA-SAMA KITA TUNGGU PERKEMBANGAN CERITA INI...

JPX

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. 

Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. 

Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. 

PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. 

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.  
  
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

6 comments:

Anonymous said...

Nampaknya PAS kena kencing lagi dengan ANUwar. Nak kata kesian, tapi tak jugak sebab dah banyak kali dah PAS kena masih tak serik-serik.

-Wokyoh Samad

anti-teloq kecut said...

Awat hamPAS tu sibuk-sibuk. Kamu tu kan keldaian P'Gay'R dan DAPpigs. Ngikut sajalah.....kalau ada teloq pi lah mengadap kebawah DYMM Sultan mintak jawatan MB tu bila Khalid G lepaskan nanti. Tapi.....ada teloq ke para keldaian tu....??????

Anonymous said...

Udah-udah.. biar la sape pun jadi calon kat PRK Kajang tu. Aku harap kali ni tak payah blogger-blogger pro kerajaan highlightkan pasal kehebatan calon BN. Biar Pengerusi Media Baru UMNO yang baru buat kerja dia sorang2. Korang duduk diam perhati dari jauh cukup. Takkan nak biarkan si Ibdil lifestyle tu makan gaji buta tak buat kerja je... udah-udah.

Kalau calon PR menang pun tak mengubah landskap politik Malaysia ni la.. biarkan mereka dengan angan-angan tak sudah mereka...udah-udah

Anonymous said...

Admit it. Akui lah. PAS ada hasrat perjuangan suci. Tetapi PAS masih ketandusan pemimpin2 yg boleh buat keputusan2 cerdik. Dh brp kali kena kencing....masih bersyag sayangan lgi dgn PR. Itu bkn lgi sabar namanya. Tpi bodoh.Org berniaga...kalau dh kena tipu bbrp kali....tpi masih lgi nk biar kena tipu..sbb ckp itu ujian..kna sabar....mmg le bodoh piang. Akal mane?

Anonymous said...

HARAP HARAP PRK KAJANG AKAN MENJADI PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU ANTARA BN DENGAN PKR. KITA TENGOK SIAPA YANG LEBIH BERPENGARUH DI KAJANG. IANYA JUGA AKAN MENJADI KAYU PENGUKUR UNTUK NAJIB. ANTARANYA BERKESAN KAH APA YANG DI BUAT OLEH NAJIB UNTUK MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANGAN. PERCAYAKAH ORANG KAJANG DENGAN TINDAKAN TINDAKAN KERAJAAN YANG DI LIHAT LEBIH BERCAKAP DARI MEREALISASIKANNYA. KALAU ORANG KAJANG TIDAK PERCAYA KEPADA TINDAKAN TINDAKAN KERAJAAN BN NAJIB, MUNGKINKAH RAKYAT DILAIN LAIN TEMPAT JUGA TIDAK MEMPERCAYAI ATAS SEGALA TINDAKAN KERAJAAN MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANGAN?

Anonymous said...

Yang Ini khas pada orang PAS lu ada mata lu lihat,lu ada telinga lu dengar, lu ada tangan lu mau kasi undi lagi ka...lu ada lobang bontot luuu pikir la sendiri....Tahniah rakyat Selangor Darul LGBT...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa