Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 24, 2014

AZMIN ALI PUNCA RUMAH TANGGA NURUL IZZAH BERANTAKAN!!!


Berkahwin dan bercerai merupakan perkara peribadi seseorang. Begitu juga dengan hidup dan mati. Yang menjadi masalah kepada orang lain ialah MELIWAT.

PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman. Di Selangor, Azmin Ali sedang bergasak dengan Khalid Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PKR menyatakan sokongan kepada Azmin Ali, termasuklah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, namun Khalid Ibrahim yang berada di bawah ketiak Wan Azizah dibantu pula oleh Nurul Izzah yang juga merupakan isteri dan anak Anwar Ibrahim sukar digugat atau diterajang sesuka hati oleh puak Azmin Ali.

Sesuatu perlu dilakukan secara drastik untuk menanam Khalid Ibrahim.

Untuk itu, kaedah yang digunakan untuk UMNO, digunapakai terhadap Khalid Ibrahim. Caranya ialah, bunuh perdu atau akar sokongan di sekeliling Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim perlu dipisahkan daripada kawanannya. Lebih mudah membunuh Khalid Ibrahim sekiranya dia bersendirian. Dan lebih mudah pula untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sekiranya dia kehilangan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Masalah rumahtangga Nurul Izzah sudah lama kedengaran, iaitu semenjak sebelum PRU-13 lagi. Beberapa rahsia peribadi Nurul Izzah yang hanya diketahui oleh inner-circle, telah tersebar secara meluas. Tanpa menggunakan tenaga kerja sendiri, kerja-kerja penyebaran keburukan Nurul Izzah itu akan menjadi lebih mudah menerusi penggunaan tenaga kerja dari pihak lawan iaitu UMNO.

Siapa yang menuai paling banyak untung bagi kemelut rumahtangga anak perempuan Anwar Ibrahim itu? Dengan siapa Anwar Ibrahim akan lebih terjerat terutama apabila cerita dia tersangkut dan kemudian dihalau keluar dari Jepun disebarkan?

UMNO tidak perlu terlalu gembira dengan masalah yang melanda Nurul Izzah sekarang ini. PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan mereka memerlukan sebuah organisasi besar yang kuat tetapi seringkali diberikan tanggapan jahat, menyebarkan isu ini secara meluas dan tidak terkawal. Orang yang sedang cuba memerangi peperangan dalam kemelut dalaman PKR adalah Azmin Ali.

Kaedah baling batu sembunyi tangan ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam dunia politik. Kecuali golongan yang berfikir secara sehala, apabila tercetus sesuatu isu, biasanya ia akan diteliti dan diperhalusi sebaik-baiknya.

Mengapa isu perceraian Nurul Izzah timbul pada ketika kemelut kepimpinan negeri Selangor sedang memuncak? Masakan PKR tidak tahu isu-isu peribadi seperti ini boleh mempengaruhi sokongan terhadap parti itu? Masakan ahli-ahli UMNO pula tidak akan mengetahui bahawa isu-isu yang sekali imbas kelihatan memalukan, sebenarnya adalah untuk bertujuan mendapatkan simpati?

Di sinilah kita perlu akui, pakar-pakar strategi PKR sebenarnya amat bijak menggunakan sebarang isu untuk kelebihan mereka. Boleh boleh menukarkan isu-isu yang boleh membunuh {PKR menjadi isu-isu yang membina PKR dan PKR pula dilihat sebagai mangsa kezaliman pihak yang dituduh.

Justeru, ahli-ahli UMNO tidak perlu terperangkap dan terlalu seronok dengan masalah yang sedang melanda Nurul Izzah sekarang. Tanggapi ia sebagaimana isu-isu lain dan perlulah lebih berhati-hati kerana perangkap yang dipasang oleh individu-individu yang sedang mencari kelebihan dalam PKR, sememangnya mahu menyeret UMNO dalam kemelut ini sebelum akhirnya jawapan standard mereka akan dituturkan iaitu SEMUANYA SALAH UMNO!--SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

setuju, cuba perhatikan dr dulu lagi jika sesuatu isu yg boleh melemahkan, mencalarkan persepsi terhadap PKR atau anwar, mereka cuba mencipta isu baru w/pun nampak mcm tindakan kamikaze namun permainan yg dibawa boleh memerangkap lawan dan boleh memberi persepsi baru positif terhadap anwar dan pkr.

kaaji dan perhati setiap isu yg ditimbulkan. akhirnya dipersalahkan org lain, walhal perkara dalaman ni mereka saja yg tahu.

Ingat arsenik? ingat HIV? haaa tulah formula mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa